Thursday, August 18, 2011

MUHYIDDIN: PEJABAT ZAKAT JANGAN TUNGGU ORANG DATANG

"sebagai contoh wang zakat terkumpul bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjumlah RM275 juta setahun, dana institusi kewangan Islam ini mampu membantu menangani masalah kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar jika diuruskan dengan baik.

"Wang itu boleh dimanfaatkan kepada orang Islam tetapi pengurusan kena proaktif...turun ke bawah, kenal pasti (golongan yang memerlukan). Kalau nak tunggu orang datang, mungkin ada sesetengahnya malu atau segan, lepas tu dia pergi tempat lain atau minta sedekah sedangkan kita ada tabung yang boleh digunakan." - Muhyiddin Yassin.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/18/mstar_berita/20110818100547&sec=mstar_berita

Kita berharap nasihat Muhyiddin ini dihayati oleh Pejabat Zakat.

Kadang-kadang kita muak untuk berurusan dengan institusi agama. Kes perceraian, kes pembahagian harta dan kes pengagihan zakat kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun dek karenah birokrasi.

Ramai yang mengkritik golongan yang lemah yang dipengaruhi oleh gereja. Tetapi punca segala permasalahan ini tidak diselesaikan.

Puncanya ialah ekonomi. Kalau seseorang itu dibelenggu kemiskinan dan kita umat Islam tidak menghulurkan bantuan, sebaliknya pihak gereja mengambil kesempatan, di sinilah bermulanya permasalahan ini.

Semasa krisis ekonomi melanda Indonesia pada 1997-8, ramai anak-anak gadis Islam melimpahi hotel-hotel di ibukota Jakarta untuk melayani pelancong.

Puncanya ialah ekonomi. Semuga pejabat-pejabat zakat menyedari dan mengatasi kelemahan ini.

3 comments:

  1. Anehnya rakyat kita rajin bantu masyarakat luar negara spt Kemboja, Indonesia dll ttp ummah kita sendiri ramai yang diabaikan. Kenapa ya?

    ReplyDelete
  2. Di Malaysia mempunyai berbagai agensi dari peringkat kampung, Taman Perumahan, Mukim dan daerah seperti JKKK, JKKK[P], Majlis Ketua Kampung, RELA, Kemas, JASA/JHEK, Jawatankuasa Surau, Jawatankasa Qarah, Jawatankuasa Taman serta macam=macam lagi termasuk Cawangan UMNO, PAS, apakah peranan mereka ini, takkanlah masalah masyarakat Melayu/Islam dalam komuniti masing-masing tidak di kesan langsung, apa salahnya buat bancian ataupun kajian setiap 3 bulan sekali dan kemukakan maklumat tersebut kepada JKM ataupun Pejabat Zakat, tapi nampaknya agensi tersebut macam tidor dan tak ambil tahu persekitaran, seperti kata, lu..lu..gua...gua..jawatan nak kerja tak buat...apa ke jadahnya...bukankah ini amal jariah nama......tanamlah sikit perasaan tanggung jawab tu.....

    ReplyDelete
  3. Di Malaysia mempunyai berbagai agensi dari peringkat kampung, Taman Perumahan, Mukim dan daerah seperti JKKK, JKKK[P], Majlis Ketua Kampung, RELA, Kemas, JASA/JHEK, Jawatankuasa Surau, Jawatankasa Qarah, Jawatankuasa Taman serta macam=macam lagi termasuk Cawangan UMNO, PAS, apakah peranan mereka ini, takkanlah masalah masyarakat Melayu/Islam dalam komuniti masing-masing tidak di kesan langsung, apa salahnya buat bancian ataupun kajian setiap 3 bulan sekali dan kemukakan maklumat tersebut kepada JKM ataupun Pejabat Zakat, tapi nampaknya agensi tersebut macam tidor dan tak ambil tahu persekitaran, seperti kata, lu..lu..gua...gua..jawatan nak kerja tak buat...apa ke jadahnya...bukankah ini amal jariah nama......tanamlah sikit perasaan tanggung jawab tu.....

    ReplyDelete