Sepintas lalu, ada baiknya kita mengimbas kembali sejarah MAGERAN.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
ReplyDeletebahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu majlis berkemungkinan diadakan di lembah klang dan penginapan akan disediakan bagi peserta yang datang dari luar lembah klang...
andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..
Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net