Bukan main mudah Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan, menangkis isu Kementerian beliau membelanjakan RM1.8 juta untuk membangunkan 6 Facebook untuk mempromosikan aktiviti pelancongan Malaysia.
Apa yang Ng Yen Yen lakukan hanyalah dengan membuat sedikit kajian dan menolak dakwaan tersebut dengan hanya mengatakan Australia dan Filipina membelanjakan lebih dari itu untuk mempromosikan negara mereka melalui Facebook.
Dan Ng Yen Yen berpandangan alasan yang beliau berikan sudah cukup untuk menyakinkan pembayar cukai bahawa tiada penyelewangan di dalam isu tersebut.
Australia bukan Malaysia. Kalau nak dibandingkan tahap keterbukaan dan ketelusan Australia, bagaikan langit dengan bumi.
Isu Facebook ini bukan isu berapa banyak Australia belanja dan berapa banyak isu Filipina berbelanja untuk promosi pelancongan menggunakan Facebook.
Ini isu ketelusan dan kredibiliti Ng Yen Yen. Isu ini bukan isu pertama melibatkan Ng Yen Yen dan Kementerian Pelancongan.
Sebelum ini, Ng Yen Yen dihantui isu perbelanjaan perjalanan beliau ke luar negara.
http://freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=print&sid=6120
Diikuti isu pavilion Malaysia di China. http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11103
Kemudian timbul pula isu kawan karib Ng Yen Yen Junie Ewe. http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=57442
Seperti kata blogger Rocky Bru. Cuti-Cuti atau Curi-Curi 1Malaysia? http://www.rockybru.com.my/
No comments:
Post a Comment