Dua Menteri tewas di dalam pilihanraya umum Singapura - Menteri Luar George Yeo dan Menteri Kewangan Kedua Lim Hwee Hua.
George Yeo merupakan seorang ahli politik veteran Singapura. Beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen ketika umur beliau mencecah 34 tahun. Pada usia 57 tahun, George Yeo dikalahkan di dalam pilihanraya Singapura.
Ianya sesuatu yang tidak pernah dimimpikan oleh parti-parti pembangkang di Singapura tetapi minggu lepas, ianya menjadi realiti.
Hari ini George Yeo mengumumkan persaraan beliau dari politik pada usia 57 tahun kerana pada George Yeo, rakyat terutamanya generasi muda di Singapura mahu melihat akan perubahan. http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1127882/1/.html
Usia 57 tahun masih muda kalau kita mengambil kira politik Malaysia sebagai ukuran.
Rais Yatim kini berusia 69 tahun dan Nor Mohamad Yakcop sudah mencecah 64 tahun.
Pada usia 57 tahun, George Yeo terutamanya parti beliau PAP, yang memerentah Singapura lebih 5 dekad, kini sedar bahawa golongan muda mempunyai aspirasi mereka sendiri.
Undi popular kepada PAP menurun kepada 60.1 peratus berbanding undi popular 66.6 peratus pada 2006 dan 75 peratus pada 2001. Ia merupakan keputusan terburuk PAP sejak 1963.
Itu di Singapura. Usia 57 sudah di kira tua.
Politik Singapura tidak sama seperti politik Malaysia. Tidak mustahil Kabinet kita yang akan datang mempunyai dua orang Menteri yang 5 tahun akan datang mencecah umur 74 tahun dan 69 tahun.
Di Malaysia, politik kita lebih kepada menongkat langit. Lihatlah di negeri-negeri di mana Umno tewas.
Ketua-ketua bahagian yang tewas masih menyimpan cita-cita untuk menjadi wakil rakyat di dalam PRU-13.
Kita masih enggan belajar dari pengalaman lepas.
Politik Malaysia gagal membentuk golongan pelapis.
ReplyDeleteApabila tunas tumbuh dicantasnya mereka.
Ketua-Ketua UMNO Bahagian bergentayangan dengan kemewahan mana bisa mereka memberi laluan pada pemimpin muda.
Hanya yang perlu dilakukan rebranding sahaja UMNO itu.