Saturday, April 16, 2011

TIMBALAN KSU KENA TANGKAP KHALWAT?

KHALWAT WANITA 28 TAHUN DI HOTEL MEWAH

SEORANG pegawai kanan di sebuah kementerian, ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita muda yang berusia 28 tahun di salah sebuah bilik hotel mewah di Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, pegawai terbabit yang bergelar Datuk diberkas sepasukan penguatkuasa agama selepas menerima maklumat sedang bersama dengan wanita berkenaan di bilik hotel berkenaan.

Pasangan Datuk berusia 50-an itu dikatakan bekerja di agensi yang sama. Mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan siasatan.

Datuk berkenaan menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian pada Ogos tahun lalu. Sebelum itu dia adalah Timbalan Ketua Pengarah di sebuah agensi kerajaan.

Siapa Timbalan KSU tersebut? Sumber:
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/04/timbalan-ketua-setiausaha-kementerian.html

8 comments:

  1. pengotor la kakitangan kerajaan zaman skrg ni

    ReplyDelete
  2. tak baik dedahkan cerita kurang enak begini

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Pengotor ? Samalah dengan melanggan pelacur ! Lagi jijik !!!! Pegawai ini tak berniat pun nak jadi pemimpin negara, sekadar pangkat pegawai kanan aje ! Jadi, kesalahannya cuma berkhalwat ! Bicara dan hukum. Kan mudah kalau mengaku salah aje, dan bayar denda. Jangan pula ke mahkamah syariah dengan berduyun-duyun peguam, masing-masing membawa manual " Teknik Melengah2 Perbicaraan". Sebelum itu, adakan PC demi PC atau pun cepat-cepat ke balai buat laporan polis ; kononnya cara ini dapat mengalihkan persepsi orang terhadap kesalahan yang dilakukan. Orang putih kata, " ...create doubts "

    ReplyDelete
  5. Sape ckp PA Dato' Salim tu, tolong selidik dulu jgn nak serkap jarang je.. nanti disebabkan mulut badan binasa..

    ReplyDelete
  6. anon 7:34

    hebat ko. dedahkan kena tangkap khalwat, tak enak.

    Main dengan pompuan luar nikah, enak ke?

    undang2 mana ko pakai?

    ReplyDelete
  7. tak baik buat citer tanpa selidik dulu...main taruk je ckp PA dia..suka2 hati, org lain buat buruk org lain dpt nama tak elok...ciiitttt

    ReplyDelete
  8. Kepada anonymous sebelum ni, baik ko delete nama er*i tu sebelum org buat laporan polis.

    Minah tu PA dia masa kat JPJ bukan KBS....Bahlol betul la ko ni.....
    Saje je buat dosa besar, tuduh org tak tentu pasal.....

    ReplyDelete