Tahniah kepada Taib Mahmud di atas kemenangan BN di Sarawak.
Sebentar tadi Taib mengangkat sumpah untuk penggal ke 7 selepas 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri.
PBB, parti yang dipimpin oleh Taib, menang kesemua 35 kerusi yang ditandinginya.
Malang menimpa SUPP yang tewas di tangan DAP di 13 kerusi. Presidennya, George Chan, dihukum rakyat sepertimana Presiden MIC S.Samy Vellu dan Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dihukum.
Suasana begitu gamat di rumah Taib sebentar tadi apabila pemimpin dan penyokong meraikan kemenangan BN di pilihanraya negeri yang ke-10 ini seolah-olah ianya satu kemenangan yang cukup besar padahal pembangkang mencipta sejarah dengan meningkatkan jumlah kerusi melebihi 100 peratus.
Yang jelas dari pilihanraya ini ialah BN bakal kalah beberapa kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum nanti di Sarawak sekiranya suasana politik di bumi kenyalang ini masih tidak berubah. Janji perlu ditepati. Taib Mahmud mesti berundur walaupun parti beliau menang 100 peratus kerusi yang ditandingi.
Itu janji Najib Razak dan Taib semasa kempen pilihanraya kepada rakyat Sarawak.
Tiada apa yang perlu diraikan dengan kemenangan di Sarawak. Keputusan ini tidak lebih dari petanda bahawa pengundi Cina tidak akan menyokong BN mahupun di Sabah/Sarawak ataupun di Semenanjung.
Kesimpulannya, hanya satu parti Cina yang akan diundi oleh pengundi Cina - DAP.
Apakah caranya untuk BN memenangi hati kaum Cina? Biarlah pemimpin yang ada mencari penyelesaian. Keputusan malam ini memberi satu kesimpulan bahawa BN tidak akan selesa di PRU-13.
Kalau dulu Sarawak merupakan benteng kuat BN dan merupakan penyelamat serta fixed deposit BN semasa PRU-12, kali ini, ia tidak lagi.
BN tidak akan selamat dengan hanya bergantung kepada pengundi Melayu. Najib perlukan undi Cina untuk pastikan BN kekal menguasai Parlimen.
Jika senario politik ini berterusan, tidak pelik sekirannya apa yang berlaku di Perak berlaku di peringkat pusat.
Hanya kita tidak dapat meneka siapa yang akan mengadakan sesi Parlimen di bawah pokok. Ia mungkin BN dan mungkin juga Pakatan Rakyat!
No comments:
Post a Comment