Penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Keputusan sebulat suara itu diputuskan pada Majlis Mesyuarat Presiden yang diadakan hari ini dengan alasan adalah tidak wajar calon MCA memegang sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika masih gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum nanti.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Keputusan pilihanraya negeri Sarawak di mana DAP hampir menyapu bersih kerusi majoriti pengundi Cina menyebabkan MCA kecut perut.
Chua Soi Lek, Presiden MCA, tahu nasib parti beliau kini di hujung tanduk. Gerakan sudah dihapuskan oleh pengundi Cina di Pulau Pinang, dan dua minggu lalu, giliran SUPP di Sarawak.
Oleh itu, keputusan MCA semalam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Ia memang sudah diduga kerana MCA amat berharap agar "ugutan" seumpama ini kepada pengundi Cina mungkin dapat menyelamatkan parti itu dari kepupusan.
Apa lagi pilihan MCA untuk menyelamatkan diri? Pemimpin-pemimpin veteran seperti Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin akan berasa sentimental dengan semangat yang wujud ketika Perikatan dilahirkan.
Semangat di mana Melayu, Cina, India, Benggali, Mamak, Kadazan, Murut, Penan dapat berkerjasama dan berteduh di bawah satu payung.
Kita tak boleh bandingkan MCA zaman Tunku Abdul Rahman dengan MCA hari ini.
Pemimpin dahulu ikhlas. Orang Melayu tidak ada masalah Tun Tan Siew Sin menjadi Menteri Kewangan kerana beliau ikhlas untuk membangunkan negara.
Chua Soi ek dan pemimpin-pemimpin MCA lain perlu mencerminkan dan membandingkan diri mereka dengan pemimpin-pemimpin MCA terdahulu. Jangan salahkan pengundi Cina.
Mudah cakap, pemimpin MCA hari ini, moralnya tidak dijaga. Chua Soi Lek sendiri ada isunya. Ng Yen Yen dan Liow Tiong Lay pernah disiasat oleh SPRM.
Bekas Presiden MCA Ling Liong Sik kini di mahkamah. Chan Kong Choy juga didakwa berkaitan isu PKFZ.
Memang mudah untuk MCA menyalahkan Umno dan BN bila rakyat keturunan Cina sudah hilang kepercayaan kepada MCA.
Kita tidak percaya ini isu perkauman. Pemimpin MCA hari ini tidak ubah seperti pemimpin Umno dan PBB.
Pemimpin Umno dihukum semasa PRU-12 pada 2008 kerana keangkuhan mereka.
Chua Soi Lek perlu diingatkan bahawa pemimpin MCA juga angkuh dan bongkak. Chua Soi Lek perlu diingatkan bahawa hanya satu pertiga atau 901 perwakilan MCA sahaja yang menyokong beliau sebagai Presiden MCA.
Ugutlah macam mana sekalipun, pengundi Cina sudah membuat keputusan bahawa MCA tidak lagi pilihan mereka. Parti Cina yang relevan pada hari ini ialah DAP.
Keputusan MCA semalam tidak akan mengubah apa-apa. MCA akan dihapuskan oleh pengundi Cina dalam PRU-13 nanti. Persoalan samada MCA perlu diberi jawatan Kabinet atau tidak, tidak timbul kerana parti yang tumbang tidak harus diberi tempat kecuali pemimpinnya tidak bermaruah dan tebal muka seperti Presiden Gerakan Koh Tsu Koon.
Kita juga menghadapi masalah. Masalah dengan Najib Razak yang mengambil sikap membisu apabila MCA mengugut orang Melayu.
Mungkin Najib takut imej beliau tercemar. Apa ada pada imej kalau parti diugut. Najib harus dimaklumkan bahawa sudah ada sosek-sosek di bawah bahawa Najib lebih pentingkan diri beliau dari imej Umno.
Sehingga hari ini, semua inisiatif Najib hanya untuk menaikkan imej beliau dan imej Umno masih di takuk lama. Mana yang lebih penting? Najib atau Umno?
Nasib Chua Soi Lek dan MCA sudah ditentukan. MCA akan menerima nasib yang sama sepertimana Gerakan dan SUPP.
Yang menjadi persoalannya, apa nasib Umno di kawasan-kawasan yang peratusan pengundi Cinanya tinggi.
Itu yang perlu difikirkan.
MCA dah buat keptusan untuk tak terima apa jawatan kalau terus tersungkur.Apa hal denagn UMNO kini.Aku rasa UMNO juga perlu cermin diri berul-betul.Seperti di Kedah akau langsung tak nampak ada perubahan yg dilakukan.UMNO dibahagain sunyi sepi.Tak ada program politik UMNO atau BN.Malang bagi UMNO Kedah kerana pemimpinnya cukup lemah dan lembab.Mungkin UMNO akan terima nasib macam MCA kalau pemimpinnya yg ada teruk belaka.
ReplyDelete