Esok Taib Mahmud akan membuat pengumuman penting yang mempunyai hubungkait dengan pilihanraya umum Sarawak.
Najib Razak juga dijangka akan turut membuat pengumuman penting, katanya.
Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Sarawak dikatakan satu sejarah di mana tidak pernah berlaku dua pemimpin turun ke padang serentak di tempat yang sama.
Kehadiran kedua-dua pemimpin ini menimbulkan pelbagai spekulasi.
Taib, yang baru sahaja mengahwini wanita jelita keturunan Arab, dikatakan akan mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri yang dipegangnya sejak 30 tahun yang lalu.
Sementara Najib pula akan mengumumkan calon yang akan mengambil alih tempat Taib.
Sebuah laman portal melaporkan pengumuman esok akan mengugat usaha pembangkang untuk menawan Sarawak. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taib-undur-selepas-pilihan-raya-sarawak-dijangka-umum-hujung-minggu/
Sekiranya ini berlaku, Najib akan popular.
Bagaimanapun Najib akan lebih popular dan disenangi sekiranya beliau mengarahkan siasatan bagaimana Taib mentadbir negeri dan bagaimana Taib dan suku-sakatnya mempunyai kekayaan yang melimpah ruah sementara rakyatnya papa kedana.
Kita mengalu-alukan keputusan Taib, sekiranya benar, untuk melepaskan jawatan. Tetapi tindakan beliau ini tidak seharusnya menghalalkan apa yang telah dilakukan oleh Taib dan ahli keluarganya selama 30 tahun mentadbir Sarawak.
Jika tidak, tindakan Taib ini tidak lebih dari tindakan untuk menyelamatkan diri dari dihukum oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment