Wednesday, March 9, 2011

MENANTU TAIB MAHMUD TUNTUT CERAI, KERANA SEKS & HARTA

Shahnaz Majid!

Siapa wanita ini?

Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi terkenal Sheila Majid.

Shahnaz juga merupakan menantu Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud. Shahnaz adalah isteri pertama Mahmud Bekir, anak Taib Mahmud.

Hari ini Shahnaz membawa kes ke mahkamah untuk minta diceraikan dan antara alasannya dia dan suaminya tidak mengadakan hubungan suami isteri sejak 2001.

Apa yang dituntut Shahnaz?

1) RM100 juta tuntutan mutaah.

2) RM300 juta harta sepencarian.

Menurut Shahnaz, suaminya, yang sudah pun memperisterikan seorang wanita Russia, selain mempunyai perniagaan berbilion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quortoporte, Audi dan Alphard.
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/3/9/mstar_mahkamah/20110309100948&sec=mstar_mahkamah

Cukup menyedihkan apabila dikenangkan nasib rakyat Sarawak jika dibandingkan kemewahan Taib dan anak beranak beliau.

Dan tergamak kita termasuk Najib Razak merayu rakyat untuk terus menyokong Taib Mahmud.

Saya malu bila membaca posting Rockybru yang begitu bangga dengan usaha kerajaan untuk menyediakan elektrik 24 jam kepada rakyat Sarawak padahal negara sudah Merdeka lebih 60 tahun.
http://rockybru.com.my/2011/03/one-malaysia-sarawak-schools.html

Seharusnya kita berkempen supaya rakyat terus menyokong BN tetapi menyingkirkan Taib Mahmud di dalam pilihanraya akan datang.

Tiada beza antara Taib Mahmud dan Muamar Ghadafi dan pemimpin Tunisia.

4 comments:

  1. kita nampaknya telah terbawa bawa dgn apa yg brlaku dinegara2 arab mesir, libya dsbnya, seolah olah kita ni tak boleh brfikir sendiri apakah kita pasti semua yg brlaku itu baik? dan kita nak ikut, apakah negara arab trsebut akan jadi lebih baik? ini bukan brtujuan membela mana2 diserawak tapi sekadar brtanya..bagaimana yg dikatakan demokrasi..kah...kah...kakhhh

    ReplyDelete
  2. tepat sekali, taib mahmud kata belum jumpa lagi orang yg betul2 layak utk ganti dia. Ganti dia sebagai apa? Ganti kaut kekayaan sarawak untuk anak-beranak sendiri. Masih buta lagikah rakyat sarawak? Orang dah lama tahu tapi kenapa si taib ni tetap menang juga? What went wrong?
    Taib sibuk nak habiskan duit utk `realise' impian isteri barunya utk jadi permaisuri selepas mimpi kahwin dgn raja arab konon, what about the sarawakians' dream of basic needs?!!!??? Who will realise it? Hah! Who????? Nak muntah dengan politik kotor sarawak ni.

    ReplyDelete
  3. pelilk betul airman ni... penyamun macam taib mahmud pun dia sokong.. elok ko check otak ko..

    org sarawak susah nak mampus, ko sokong taib mahmud.

    ReplyDelete
  4. pelilk betul airman ni... penyamun macam taib mahmud pun dia sokong.. elok ko check otak ko..

    org sarawak susah nak mampus, ko sokong taib mahmud.

    ReplyDelete