Tuesday, January 4, 2011

MENTERI PEROGOL: HANYA RAIS BOLEH MENANGKIS FITNAH PEMBANGKANG

"Saya merasakan sesiapa sahaja sebagai pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan dan kelemahan dirinya. Saya merasa bangga kerana sekurang-kurangnya saya berani mengaku (melakukan hubungan seks dengan seorang wanita Cina). Saya tidak pernah berkata ianya bukan saya (di dalam DVD tersebut). Saya juga tidak pernah berkata video tersebut adalah rekaan." - Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan, ketika mengumumkan perletakan jawatan dari Kabinet selepas mengaku bahawa video hubungan seks yang tersebar luas pada 2008 adalah video beliau bersama seorang wanita. http://www.msnbc.msn.com/id/22471189/ns/world_news-asia-pacific/
Pada 9 Ogos 2000, Abu Hassan Omar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor atas sebab-sebab peribadi. Apa yang sebenarnya berlaku ialah Abu Hassan didapati mempunyai seorang anak yang lahir di luar nikah. http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg16232.html
Sementara itu, pada tahun 1994, Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan apabila dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Crime/Story/A1Story20080102-43317.html

Kini tahun 2011, kita disogokkan berita seorang Menteri Kabinet didakwa merogol amah beberapa tahun yang lalu. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/28/

Di Hongkong, sebuah portal berita menamakan Menteri tersebut. http://asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2893&Itemid=189

Begitu juga di Jakarta apabila sebuah portal berita turut menyiarkan khabar angin ini.

Menteri yang didakwa merogol amah ini perlu mengambil ikhtibar dari Menteri Penerangan, Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi Rais Yatim yang membuat laporan polis terhadap blogger Rockybru berikutan dakwaan anak beliau Dino terlibat dalam satu urusan yang ada kaitan dengan agensi di bawah Rais.

Umum mengetahui, Rais mengambil tindakan membuat laporan polis tersebut kerana ianya adalah HAK beliau untuk mempertahankan diri.

Tiada bezanya antara dakwaan kes rogol ini dan kes dakwaan penglibatan anak Rais. Seharusnya Menteri yang didakwa merogol ini membuat laporan polis terhadap Asia Sentinel yang menamakan beliau sebagai Orang Kena Tuduh (OKT).

Bagaimanapun sekiranya dakwaan ini benar, seharusnya Menteri ini menuruti jejak langkah Chua Soi Lek, Rahim Thamby Chik dan Abu Hassan Omar dengan meletakkan jawatan. Tidak mengapa sekiranya alasan perletakan jawatan tersebut atas sebab kesihatan atau peribadi.

Pendirian Najib Razak juga sedang diperhatikan. Apakah Menteri akan dilindungi dan orang biasa dibiarkan dianiayai? Sehingga hari ini, Najib membisu seribu bahasa. Sudah menjadi kebiasaan, nampaknya, apabila dirundung isu, sikap membisukan diri menjadi pilihan.

Dunia memerhatikan adakah Najib akan melindungi Menteri nya.

Najib perlu ingat, 22 Januari nanti akan bermula satu lagi "pertempuran" antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Tenang.

Yang pasti, isu "Menteri Merogol Amah", akan dijadikan isu utama oleh Pakatan Rakyat.

Sebaiknya, Najib mengarahkan Rais Yatim, selaku Menteri Penerangan, memikirkan strategi bagaimana untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat yang akan menggunakan isu "Menteri Merogol Amah" ini.

Rais Yatim orang lama dalam politik. Beliau merupakan antara pemimpin Umno paling pengalaman dalam politik. Pernah menjadi Naib Presiden Umno. Hubungan kasih sayang beliau pada keluarga tidak ternilai tingginya.

Kemana saja bersama isteri beliau, Maznah. Berpegangan tangan satu perkara biasa. Ikatan kasih sayang beliau cukup tinggi sehinggakan Maznah mahu dikenali sebagai Maznah Rais.

Hanya Rais Yatim harapan Najib untuk mengharungi isu "Menteri Merogol Amah" ini. Malahan Najib harus mengarah Rais Yatim turun padang secepat mungkin di Tenang untuk menyerang Pakatan Rakyat dalam isu rogol ini.

Hanya Rais Yatim harapan Najib di Tenang!

No comments:

Post a Comment