Najib Razak mula bercuti hari ini.
Akhirnya segala ramalan yang mengatakan rombakan Kabinet dan Umno akan berlaku sebelum Krismas merosot.
Kini tumpuan beralih ke awal tahun baru. Mungkin Najib memberi sedikit masa lagi kepada calon-calon Menteri, Menteri-Menteri dan pemimpin Umno untuk melobi beliau.
Sementara menunggu Najib kembali bercuti, di bawah terus bercelaru.
Di PERLIS, Shahidan Kassim dikatakan akan dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan menggantikan Isa Sabu dan seterusnya bakal dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU-13. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive
Di KEDAH, Ahmad Bashah Mad Hanipah sudah merasakan begitu yakin dilantik Ketua Perhubungan tetapi orang-orang Mahdzir Khalid terus berusaha untuk membawa beliau kembali sementara Mukhriz Mahathir dalam diam yakin beliau adalah bakal Menteri Besar Kedah yang baru.
Di TERENGGANU, orang-orang Idris Jusoh bertungkus lumus untuk menghidupkan kembali peluang beliau untuk dilantik Ketua Perhubungan dan bukannya Ahmad Said.
Di NEGERI SEMBILAN, orang-orang Isa Samad amat berharap Najib melantik beliau menggantikan Mohamed Hasan sebagai Ketua Perhubungan dan seterusnya kembali sebagai Menteri Besar. Tetapi ada juga cakap-cakap bahawa Isa akan hanya dilantik Pengerusi sebuah GLC.
Apa pun senario seumpama ini sudah tentu menghiburkan terutamanya kepada Najib. Ini lah tanda-tanda betapa besarnya kuasa yang ada pada seseorang Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Ia umpama Tok Dalang di dalam persembahan Wayang Kulit.
Jangan letak beruk google yang dibenci ramai sebagai Menteri sudahlah.
ReplyDeleteSebab umum memang benci dengan beruk google.
Asal jangan di belakang tok dalang ada tok dalang ghaib sudahlah.....
ReplyDelete