22 Disember 2010, rombakan Kabinet.
Inilah tarikh yang diramal pelbagai penganalisa politik warung kopi bahawa Najib Razak akan mengumumkan barisan baru Kabinet beliau.
Pada hari itu juga dikatakan Najib akan mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada beberapa Menteri Kabinet yang akan diberi cuti panjang selepas Krismas.
Spekulasi ini adalah antara bahan bualan di Coffee House di Holiday Villa di Alor Setar malam kelmarin.
Tetapi di Alor Setar ada sikit kelainannya. Yang menjadi bahan perbincangan utama ialah siapa bakal dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno Negeri. Di celah-celah perbualan di Coffee House tersebut, setiap deringan telefon bimbit beberapa pemimpin menimbulkan sedikit keresahan.
Masing-masing menanti, berharap dan berdoa agar panggilan tersebut datangnya dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Begitulah suasana di Alor Setar ketika ini terutamanya di Coffee House di Holiday Villa Alor Setar.
Dua minggu akan datang amat getir untuk pemimpin Umno yang bercita-cita tinggi. Menteri-Menteri Kabinet yang ada berharap Najib dan Rosmah Mansor menyayangi mereka. Yang tiada jawatan, berharap Najib melantik mereka. Yang pernah menjadi Menteri dahulu juga menaruh harapan.
Dalam masa seminggu dua inilah Najib dijangka mengumumkan senarai baru pimpinan Badan Perhubungan. Dalam masa seminggu dua inilah, Menteri-Menteri Kabinet yang ada akan mengetahui samada mereka akan terus berjawatan Menteri atau jatuh ke tanah seperti bekas-bekas Menteri lain.
Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya ada yang tidak lelap tidur seminggu dua ini.
Rombaklah semahu-mahunya. Jangan letak si kitol durjana jadi menteri sahaja yang diminta.
ReplyDeleteHarap Nazri Aziz kena buang!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletemohon dikembalikan pautan blog Beranikan hati di sini, terima kasih.