Bukan pertama kali Kedah dilanda banjir. Banjir tidak mengenal siapa yang mentadbir Kedah.
Penduduk-penduduk di daerah Kubang Pasu, Baling, Padang Terap, Kuala Muda dan Pokok Sena sudah berpuluh kali mengharungi banjir. Tidak terkecuali di era ketika Umno memerintah Kedah.
Tetapi kali ini lain sikit suasana ketika dilanda banjir.
Banjir kali ini melanda Kedah ketika Pas menjadi pemerintah. Untuk ingatan, Pas tidak pernah memerintah Kedah di dalam sejarah politik tanahair atau dengan kata lain inilah pertama kali Kedah jatuh ke tangan Pas. Perlu juga diingatkan bahawa Kedah jatuh ke tangan Pas di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah yang dulu, Mahdzir Khalid, iaitu bekas Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi.
Apabila banjir melanda Kedah, inilah peluang buat Umno Kedah mencari sedikit modal politik untuk menagih undi. Maka bertubi-tubilah pentadbiran Pas Kedah diserang dengan harapan keyakinan terhadap kepimpinan Pas lentur.
Itu sebenarnya perkara sambilan.
Ramai pemerhati luar menyedari akan tingkahlaku sesetengah pemimpin Umno menjadikan medan pertempuran sesama sendiri. Medan untuk mempopularkan diri.
Minggu hadapan, Majlis Tertinggi Umno akan dimaklumkan oleh Presiden Parti Najib Razak akan perlantikan pengerusi-pengerusi baru badan perhubungan Umno-Umno negeri.
Kedah adalah salah satu negeri yang sudah pasti mendapat Pengerusi Perhubungan yang baru.
Seperti biasa, ramai yang berminat. Mahdzir Khalid yang melihat sendiri Kedah jatuh ke tangan Pas masih berminat. Jamil Khir juga berminat. Mukhriz Mahathir berminat. Bashah Mat Hanipah juga berminat.
Tidak menghairankan ketika banjir baru-baru ini, berlumba-lumba mereka ini memanggil sidang akhbar dengan harapan mendapat perhatian Presiden parti. Manalah tahu paparan wajah mereka di dada akhbar dapat mempengaruhi keputusan presiden dalam memilih ketua-ketua perhubungan.
Di peringkat bahagian pula, berebut-berebut ketua-ketua Umno di bahagian-bahagian menyampaikan bantuan. Ada dari bantuan-bantuan tersebut datangnya dari luar tetapi seperti biasa, lembu punya susu, sapi mendapat nama.
Masing-masing mahu menjadi popular dengan harapan dipilih menjadi calon tidak lama lagi. Begitulah nasib Umno Kedah.
salam, blog tuan sudah dipaut
ReplyDeleteDalam kesibukan banjir dan gawat pembangkang UMNO Bahagian Merbok dah set Ketua Bahagian akan dicalunkan sebagai Ahli Parlimen dalam PRU yang tidak lama lagi.
ReplyDeleteInilah kerja UMNO bahagian, hanya penting sendiri.
Hampeeehhhhhhh.
www.toksenawi.blogspot.com
bashah bukan main bersungguh2 nak jadi popular sampai naik ke pentas rampas mic umum kata ts muhyiddin sampai.
ReplyDeletesampai tera tu berebut nak jadi ketua perhubungan.
kerja tak buat. hidup dengan cara tumpang orang saja
nak buat macam mana. tahap pelajaran pun takat SRP saja
Hai Tok Senawi, hang cakap macam hang kenai ketua bahgian tu. Awat dia ingat dia layak sangat jadi calon ke. Tok Najib silap kalau pilih orang yang pernah kalah. Ramai kata dia ni asyik dok buat program syok diri sendiri saja. tapi umno kan parti org2 kenamaan, org2 besar. apake jadah lawan golf utk org kampong ? Buat la lawan gasing, lawan sarok wau ke, lawan goli pun syok juga. betoi ke dengar kata dia ni dok takut bayang-bayang. semua dia nak cantaih. Nampak saja boleh jejas peluang dia, cepat-cepat dia cantaih habih. hoi kena jaga geng yang akan buat laporan tak lama lagi. Si org Kemas, org Penerangan, wartawan, mio ke ; hangpa kena ambik peluang la ni tumpang KB tengah dok ketagih cari markah tinggi nak tunjuk kat najib. lagi pandai hangpa bodek, lagi lumayan hadiah la. jangan2 terus lantik ketua penerangan. yang dok ada boleh kaih ke tepi. betoi juga, kalau aku jadi KB aku pondoi semua yang dok ampu aku dok jadi ajk. aku peduli apa kat parti, janji calonnya aku sudah la. depa ingat besaq sangat ke jadi ajk dibahagian. yang dok ada pun hampaih belaka. takpa aku dulu banyak kali kalah tak pernah dok di bahagian. tapi kalau macam dok ada, baik kalah pun takpa. ada yang bodoh terus, ada kaki bodek, ada munapik, ada kaki auta. ada tak habih2 dok berlakon, ada hidup setahun sekali, ada d cawangan pun tak laku, ada macam meriam buloh musim raya. tu yang ajk. yang ataih sikit lagi jenalu. betoi kata org cina, ikan kalau nak busuk dia mula dari kepala. Tok Najib tolong hantaq orang kl mai pereksa bahagian-bahagian. tanya org ramai sapa layak, sapa terok kalau jadi calon. pengundi diutamakan ! bukan pemimpin haprak.
ReplyDelete