Saturday, August 14, 2010

ISMAIL SABRI MINTA RAKYAT KURANG MAKAN BAWANG PUTIH

Apabila kerajaan mahu mengurangkan subsidi gula dan menaikkan harga gula, alasan yang digunakan ialah untuk mengurangkan penyakit kencing manis di kalangan rakyat.

Apabila harga bawang putih naik sejak akhir-akhir ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaacob meminta rakyat "kurangkan makan bawang putih".
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/14/nation/6849216&sec=nation

Sekarang rakyat perlu kurangkan makan dua benda - gula dan bawang putih. Siapa kata kerja seorang Menteri suatu kerja yang sukar!

4 comments:

  1. tuan...
    lepas ni menteri tu nk naikkn harga garam pulak sbb byk yg kena darah tinggi. senangnya tugas menteri..sy pun nk, pegi je kat KKM dptkn senarai penyakit2 yg dihidapi rakyat negara ni pastu naikkn harga supaya dpt bantu rakyat jaga kesihatan kononnya. senang cerita.bg alasan yg munasabah lantas laksanakn.
    tu le yg rakyat dok dgr saban masa bila ada sambutan2 dinegara ni.sampai bila kita nk dijadikn mangsa ni. rakyat susah pun nk juga merasa sekali masakan sedap utk raya. depa menteri dh kaya raya setakat petik jari berguni org anta kat rmh....kenyataan ya....

    ReplyDelete
  2. Bro,
    Sedih dengan tahap n kualiti pemikiran YB Menteri seperti ini....RIMAS2.

    ReplyDelete
  3. Salam.Lemahnya akal menteri menteri kita.Kita juga yang salah dok undi dulu.Sebab tu pengundi pun kena cerdik masa mengundi.Undilah calon yang layak.Kalau undi calun tahap lembu.tahap lembulah yang kita dapat.

    ReplyDelete
  4. Lain kali kalau semua harga barang makanan naik..dia suruh rakyat kena BERPUASA pulak..

    Harga Minyak NAIK dia suruh beli Basikal atau jalan kaki utk menjaga kesihatan..

    Tarif letrik Naik, dia suruh Pakai LILIN

    Menteri macam ni suruh masuk RAJA LAWAK jer..lagi bagus

    ReplyDelete