Mungkin Ahli Parlimen Umno dan BN dari Kinabatangan Bung Mukhtar Radin tidak menduga beliau akan dijatuhkan hukuman penjara kerana mengahwini Zizie Izzete tanpa kebenaran mahkamah.
Walaupun Bung Mukhtar tidak akan kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen walaupun dipenjarakan sebulan atas kesalahan tersebut, ramai di kalangan Umno bimbang akan kesannya kepada Umno dan BN.
Apakah nasib Bung Mukhtar selepas ini? Adakah pucuk pimpinan Umno dan BN akan mengambil tindakan atau berdiam diri dengan harapan kisah ini berlalu begitu sahaja. Sementara menanti akan reaksi dari pimpinan BN dan Umno, elok kita renungi kenyataan Hakim Syarie dan Shahrizat Jalil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal wanita.
HAKIM SYARIE WAN MAHYUDDIN WAN MUHAMMAD
"Bung Moktar merupakan ikon masyarakat dan kesalahan yang dilakukannya itu merupakan kesalahan yang berat yang sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal. Kes ini mendapat liputan meluas oleh media massa dan ramai di luar sana tidak memahami konsep poligami dalam Islam, berkahwin tanpa kebanaran mahkamah, oleh itu hukuman ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai. Berkahwin tanpa kebenaran mahkamah merupakan satu kesalahan yang serius." http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=499339
SHAHRIZAT JALIL
"Setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama perlu menghormati sistem perundangan itu bagi mengukuhkan institusi keluarga yang menjadi benteng untuk mengelak gejala sosial. Dalam sistem perundangan itu kaum wanita dan ibu sewajarnya mendapat pembelaan dan mereka ini tidak seharusnya menjadi mangsa dalam institusi keluarga. Setiap daripada kita juga perlu menghormati dan patuh kepada sistem perundangan itu untuk kesejahteraan hidup serta mendapat keberkatan."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=499359
Salam,
ReplyDeleteDahlah kita semua ni buat kerja macam nak gila nak menawan hati rakyat, si monyet bangsat ni pulak buat perangai tak senonoh ni. Buang jelah barau ni. Dia pun dah lama jadi liabiliti dalam parti kita ni. Aku ni betul2 tak paham kenapalah PM simpan lagi sampah kurap ni lagi. Kalau kita simpan lagi bangsat bertanding kat Kinabatangan, maka akan hilanglah satu kerusi di parlimen. UMNO kena berani buang barau ni kalau nak terus relevan. Lagipun, setiap kali dia bersuara kat parlimen, kita jadi susah kerana hujah2 dia semua macam budak tak sekolah. Baik kita buang sial ni terus ...
Cuba semak balik ....berapa ribu orang yg telah berkahwin di Siam,Indonesia,England,Singapura dan lain lain tempat tanpa keizinan Malaysia....Kenapa tidak di penjarakan?
ReplyDeleteSaya sendiri orang Malaysia bernikah dengan orang Malaysia di Australia tanpa kebenaran Malaysia.
Apakah saya akan didenda bila balik kelak?
Ini samalah dgn kes orang minum arak.....ramai yg minum arak tapi hanya seorang yg di hukum sebat.Akhirnya tak jadi sebat.
Orang luar negara memerhatikan Malaysia.
Jangan samoai di tertewakan...malu kita.
Ustaz Amat
Mengapakah pernikahan yang halal dan sah dalam islam menjadi kesalahan pada perundangan ciptaan manusia?? apakah kita mau melihat gaya hidup bersekedudukan dan free sex menjadi amalan rakyat malaysia terutamanya orang2 islam bila undang-undang kekeluargaan menjadi penghalang?
ReplyDeleteBerbicara dan ungkapan kata biarlah keluar dari akal fikiran bersuluh nur muhammad..bukan sekadar letusan akal berbaur nafsu dan kepentingan diri...
Salam,
ReplyDeleteDia nak kahwin, kahwinlah. Tapi tak payah lah nak gelak ketawa masa di mahkamah. Nampak pemimpin parti kita asyik sibuk kahwin dia saja.
Aku semakin tak fahamlah perundangan kat Malaysia ni. Boleh pilih-pilih pulak macam tak ada garis panduan. Salah tu memang salah tapi kenapa yang halal jadi salah? Maaflah, bukan nak mempertikaikan keputusan Mahkamah. Betul juga komen Ustaz Amat.
ReplyDeleteAda dua isu berbeza
ReplyDelete1-Perwatakan Bung yang kurang di senangi samada dalam dewan parlimen atau pentas perkahwinan. Kalau ikut hati keluarkannya sahaja. Kalau perbuatan ini juga jadi isu, gugurkannya, kerana ini bukan perlakuan semasa menjalankan tugas dan perlakuan peribadi yang menyusahkan parti tidak tapat diterima.
2-Hukum: Hukum perkahwinan adalah sah dari segi hukum, jika apa yang di beritakan oleh akhbar itu betul. Tambahan pula direstui oleh keluarga. Mengikut kajian universiti agak 10 tahun dahulu, pernikahan sebagini selalunya dilakukan di luar negara, dan peratusan kekalnya perkahwinan sebegini amat rendah. Dalam kes ini dimana keluarga bersetuju mungkin tidak menjadi halangan untuk berkekalan. Selalunya selepas bernikah diluar negara pasangan akan membuat lapuran kepada pihak berkuasa supaya perkahwinan ini direkodkan, dan mereka akan didenda selalunya RM500.00 seorang.
3-Dalam kes inin bukan sahaja pengantin kena hukuman yang lebih berat, bahkan saksi pun kena juga. Persoalannya adakah mahkamah Syariah di Negeri Selangor dipengarohi oleh parti politik? JIka ini berlaku maka umat Selangor yang dianggap tidak pro PR habislah. Mahkamah Syariah jikalau bagini boleh di anggap sebagai 'Kangaroo Court".
4-Syarizat-Dia ini suka menggubal undang-undang syariah. Maklumlah dia peguam. Akan tetapi dalam Islam pencipta hukum ialah Allah swt sahaja. Jadi jika dia nak buat undang-undang (hukum) dia telah mengambil hak Allah swt. Maka dia telah berikrar menjadi tuhan!!! Serupa juga dengan Siters in Islam.
Bila dia kata kena ikut undang-undang maka undang-undang dia ke atau undang Allah swt dimaksudkan?
Antara Ulul amri dan Allah swt yang mana lebih wajib dijadi hukum? Dalam hal ini hukum yang dilanggar hukum berbentuk 'Administrative',dan hukumannya bukan berbentuk "custodial" atau penjara. Maka hukuman sepatutnya setimpal dengan kesalahan. Jika hakim kata dia tidak ada campur tangan politik, maka hukuman yang telah dikeluarkan agak berbentuk emosional dan patut di rungkai balik semasa rayuan. Persoalannya apakah hukum kepada hakim yang emosional?
"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ."
ReplyDeleteDiriwayatkan oleh al-Bukhari.