Rombakan kabinet?
Spekulasi mengenai rombakan kabinet menjadi buah mulut ramai apabila Najib Razak bercakap mengenai perlunya beliau menilai prestasi Menteri Kabinetnya setiap enam bulan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive
Tetapi apabila selepas enam bulan perlantikan anggota Kabinet dibuat dan tiada sebarang rombakan dilakukan, spekulasi tersebut sepi berikutan kenyataan Najib bahawa beliau puashati dengan prestasi Menteri-Menteri beliau.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3983:06-jul-najib-puas-hati-komitmen-jemaah-menteri-capai-kpi&catid=366:2009-07&Itemid=27
Hari ini MCA mengumumkan bahawa ia akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan 28 Mac nanti. Dengan kata lain, akan ada anggota Kabinet dari MCA yang akan tewas dalam pemilihan nanti. Mungkin Ong Tee Keat, mungkin Kong Cho Ha, mungkin Ng Yen Yen dan mungkin Liow Tiong Lai. Menteri MCA yang tewas akan hilang jawatan Kabinetnya.
Bulan April nanti, cukuplah setahun Najib menjadi Perdana Menteri, begitu juga dengan anggota Kabinetnya. Kini tibalah masanya prestasi Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dinilai. Perdana Menteri akan dinilai prestasinya oleh rakyat sementara Najib akan menilai prestasi Menteri-Menterinya.
Ada Menteri yang diselubungi kontroversi yang menyaksikan dua Setiausaha Politiknya disiasat SPRM, ada Menteri yang sudah berusia 68 tahun dan dilihat tidak sesuai di portfolio beliau kerana pandangan purba beliau terhadap medium komunikasi baru seperti YouTube, Facebook dan Twitter.
Ada Menteri yang sibuk menembak kaki Perdana Menteri dari membantu menaikkan populariti beliau. Ada Menteri seperti yang dilihat tidak sensitif terhadap masalah rakyat apabila menaikkan harga gula dengan memberi alasan untuk mengurangkan kes-kes kencing manis.
Ada Menteri yang asyik ke luarnegeri tanpa sebarang hasil. Ada Menteri yang asyik bercakap mengenai pelaburan asing tetapi entah bila pelaburan asing akan datang ke Malaysia dan ada Menteri yang asyik memberi amaran tanpa sebarang tindakan. Ada Menteri yang asyik mengekori isteri Perdana Menteri ke sana ke mari.
Ada juga bekas Menteri yang melobi untuk kembali sebagai Menteri dan ada juga kaki demonstrasi yang betul-betul kempunan nak jadi Menteri. Ada juga MP yang baru kahwin artis teringin nak jadi Menteri.
Yang pasti, Najib akan membuat rombakan kepada kabinet beliau dan rombakan ini akan berlaku selepas April nanti apabila tamatnya sidang Parlimen yang akan bermula seminggu dari hari ini.
Kabinet sekarang merupakan kabinet campuran Kabinet Najib-Pak Lah. Selepas 28 Mac nanti adalah peluang keemasan untuk Najib menamakan Kabinet beliau sendiri yang 100 peratus orang Najib.
Itupun sekiranya Najib benar-benar serius untuk membawa perubahan atau samada Najib berani membuat perubahan.
Najib tidak begitu tergesa gesa membuat rombakan sebaik sahaja menjawat jawatan PM kerana majoriti kabinet Paklah adalah 'kabinet yang tersangat yes man' dan mudah untuk Najib caturkan.
ReplyDeleteSelepas 28Mac adalah tempoh yang sesuai untuk rombakan besar seperti melantik Mukhriz sebagai Menteri Penuh dan memasukkan Kj sebagai Timbalan Menteri.
Percaturan Hisahammudin dan Najib adalah untuk mengekang pengaruh Mahathir melalui Mukhriz dan mengimbang pengaruh Mukhriz melalui Kj... Mukhriz yang ditumbangkan melalui percaturan ini masih menjadi ancaman kepada Najib/Mudin.