Chua Soi Lek hari ini dipilih sebagai Presiden MCA yang baru setelah menewaskan penyandang jawatan dan Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat dan bekas Presiden MCA Ong Ka Ting dalam pemilihan MCA hari ini. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=486014
Kontroversi skandal seks Soi Lek berakhir dengan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan.
Anwar Ibrahim juga dituduh terlibat dengan skandal seks dan musibahnya ialah Anwar disingkir sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Presiden Umno dan Umno.
Tetapi hari ini, skandal seks bukan lagi menjadi penghalang untuk meneruskan karier politik. Chua Soi Lek membuktikannya hari ini.
Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Anwar dilihat tidak layak menjadi pemimpin kerana skandal seks nya.
Ramai juga pemimpin dunia yang hilang jawatan mereka kerana skandal seks. Adakah pentadbiran Najib Razak akan menerima Chua Soi Lek sebagai anggota kabinet beliau?
Perlantikan anggota Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri. Melantik Chua Soi Lek sebagai Menteri akan mengundang pelbagai tohmahan kerana pemimpin seperti Chua Soi Lek tidak layak dilantik memimpin rakyat.
Kalau orang seperti Chua Soi Lek boleh menjadi Menteri Kabinet, maka bagi pemimpin-pemimpin akan datang, melibatkan diri dalam skandal seks bukanlah satu masalah yang besar untuk menjadi pemimpin.
Apa pun terpulang kepada Najib.
Jika nak cakap pasai Chua Sui Lek. La mai kita cakap Wakil Rakyat Bukit Lanjan yang ........ dan di beri cuti oleh Khalid MB Selangor. Bila dia berceramah depan Nik Aziz dan pakai baju kurung. Hampa pakai lagi dan hormat dia macam bidadari.
ReplyDeletePakai baju kurung dan bertudung tuuuuu... wayang jeerrr...
Khalid seronok n kawan2 dia pun seronok tengok WR Bt Lanjan ber........ kan?