Thursday, February 4, 2010

BANGSA LAIN JANGAN CABAR ORANG MELAYU

Kesabaran seseorang ada batasannya. Semakin hari semakin berani kaum lain mencabar keharmonian negara. Yang malangnya, pemimpin negara membisu seribu bahasa.

Ini bukan bertujuan untuk menghasut. Pandangan ini lebih kepada kekecewaan. Kenapa pemimpin Melayu perlu takut pada bayang-bayang. Hari demi hari kesabaran orang Melayu dicabar.

Kita sayangkan negara tetapi malangnya, orang lain tidak mempedulikan perasaan kita. Kita mahu negara ini aman dan damai. Tetapi bangsa lain tidak menunjukkan rasa hormat kepada kita orang Melayu di tanah kita sendiri.

Akhbar The Star kepunyaan Persatuan China Malaysia (Malaysian Chinese Association - MCA) menyiarkan artikel berikut di ruangan pembacanya semalam.

Saturday January 30, 2010
There are heroes among non-Malays too


THE Makam Pahlawan (Heroes Mausoleum) is the burial ground of several Malaysian leaders. Since it is in the compounds of Masjid Negara, obviously the burial ground is meant for Malay or Muslim heroes only.

But since Merdeka, we have several non-Malay heroes who should be given the same respect. So, the Government should consider “Heroes Mausoleum” for non-Muslims too.

1 4 All, All 4 1,
Kuala Lumpur.


Terjemahan
Makam Pahlawan merupakan tapak perkuburan beberapa pemimpin Malaysia. Memandangkan ianya terletak di perkarangan Masjid Negara, pastinya tapak perkuburan ini hanya untuk wira Melayu dan Islam sahaja.

Sejak kemerdekaan, kita mempunyai beberapa wira bukan Melayu yang seharusnya diberi penghormatan yang sama. Oleh itu kerajaan seharusnya juga mempertimbangkan satu makam perwira untuk bukan Islam. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/30/focus/5576439&sec=focus

Akhbar The Star mempunyai pilihan untuk tidak menyiarkan artikel ini. Tetapi ia mengambil keputusan untuk menyiarkannya.

Yang paling mengecewakan, pemimpin Melayu masih berdiam diri semata-mata kerana undi.

4 comments:

  1. buat saja satu makam china kat segambut untuk depa

    ReplyDelete
  2. Bangsa lain sebenarnya sudah lama mencabar orang Melayu berkali kali dan berkali kali.

    Orang Melayu pula menyahutnya dengan memberi amaran berkali kali dan berkali kali.

    Itu sahajalah yang orang Melayu mampu dan berani buat. NATO - no action talk only.

    Kalau ada orang Melayu yang berani - nasibnya akan jadi amcam Nasir Safar.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin Melayu tidak kira dari mana mana parti politik semuanya tidak boleh diharap.Mereka akan tunaikan apa saja permintaan dari bukan melayu asalkan mereka dapat meraih undi bukan melayu.

    Hatta kalau mereka terpaksa menjual TANAH MELAYU kepada bukan melayu sekalipun mereka akan lakukan.

    Saya berada bersama sama kumpulan demonstrasi SEDAQ semalam di depan KOMTAR Pulau Pinang,cukup sedih bila melihat tiada seorang pun pembesar pembesar parti politik Melayu yang berani turut serta dalam demonstrasi tersebut.

    Yang ada hanya seorang Ahli Parlimen BEBAS dari Pasir Mas,Kelantan,Dato Ibrahim Ali,beliaulah yang memimpin demonstrasi tersebut.

    Pemimpin pemimpin UMNO Pulau Pinang semuanya takut dan kecut untuk menghadapi Diktator,Chauvanis yang berfikiran komunis LIM GUAN ENG, tapi kalau ada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri datang merekalah yang berpusu pusu kehadapan untuk cium tangan.

    Kalau begini sikap pemimpin melayu Pulau Pinang jangan harap untuk nak tawan semula Pulau Pinang,PULAU PINANG akan jadi SINGAPURA 2.

    ReplyDelete
  4. takkan hilang ketuanan melayu didunia..kahkahkah

    ReplyDelete