"Apa yang saya lakukan itu, jika yang akan terluka biarlah saya sendiri tetapi jika mungkin terluka itu Perdana Menteri, saya tidak sanggup untuk meneruskan perkara ini (membangkitkan hal berkaitan BTN dan Dr Mahathir). " - Nazri Aziz.
Selepas begitu celupar mulutnya melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad "bapa segala masalah perkauman" dan "kenyataan yang paling bodoh pernah saya dengar", semalam Nazri cuba menyelamatkan jawatan Menterinya dengan membuat kenyataan di atas. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=461837
Jelas sekali Najib Razak mempunyai seorang Menteri yang bodoh dalam kabinet beliau kerana hanya sekarang Nazri menyedari bahawa Najib Razak telah "terluka" dengan kenyataan-kenyataan beliau dek keculuparan mulut Nazri.
Nazri mewakili resam ahli politik picisan dan kucing kurap. Jawatan mengatasi segala-galanya. Bila nak popular, semua orang bodoh. Tun Mahathir bodoh, dreber teksi bodoh.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Bila kenyataan yang telah dibuatnya didapati tidak popular dan menghadapi risiko hilang jawatan dan sumber pendapatan, maka Nazri membuat kenyataan untuk menyelamatkan diri.
Masalah dengan politik Umno ialah peribahasa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa" tidak membawa apa-apa makna pada pemimpin Umno.
Orang seumpama Nazri akan dimaafkan sekelip mata kerana orang yang memimpin mahu terus berkuasa dan tidak mahu menghadapi masalah.
Kenyataan Nazri bahawa Tun Mahathir bapa segala masalah perkauman bukan kenyataan peribadi Nazri. Kalau peribadi, tidak mungkin kenyataan beliau mendapat ruang di dada media arus perdana.
Nazri mewakili Najib kerana beliau adalah Menteri yang dilantik oleh Najib dalam Kabinet beliau. Bila beliau bercakap, ia mewakili Kabinet Najib.
Mungkin kenyataan yang dibuat beliau tanpa restu Najib. Tetapi siapa peduli. Satu belanga susu sudah rosak.
Yang rosak ialah Najib. Nazri sudah lama menjadi telur kemuruk jadi dia tidak rugi apa-apa. Sampai bila Najib hendak benarkan telur kemuruk ini untuk terus berteduh di bawah payungnya?
Terserahlah pada Najib menentukan nasib Nazri. Apapun kenyataan yang dibuat oleh Nazri sehari dua ini cukup merugikan Najib dan Nazri akan terus jadi Menteri kalau itulah pilihan Najib.
Tuan, kalau nazri tu kata pemandu teksi macam jamban, maka nazri sendiri adalah bapak kepada segala jamban, kerana di zaman nazrilah banyak permit jamban dikeluarkan. so sekarang saya muka jamban?
ReplyDeleteSekadar Nazri bagi statement bodoh dan Najib tak ambil tindakan - nyatalah Nazri yang suruh 'boss' dia diam dan segalanya dia yang akan bereskan.
ReplyDeleteNazri mahu dilihat dipecat atau tidak dipilih sebagai menteri kerana keberaniannya menegak kebenaran.
Nazri sedar liabilitinya kepada UMNO dan Najib sama darjat dengan liabilitinya KJ kepada UMNO, dan penghujung politiknya sudah sampai.