SUKAR untuk kita menilik apa yang sedang bermain di fikiran Perdana Menteri buat ketika ini.
Setelah digemparkan dengan tuduhan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan bahawa beliau telah mengirim RM10 juta ke London melalui seorang pengurup wang, hari ini kita digemparkan pula dengan berita seorang Setiausaha Politik seorang menteri kanan yang dikatakan mengumpul jutaan ringgit dalam sekelip mata dan kini disiasat oleh SPRM.
Ini adalah laporan muka hadapan The Star semalam. Menurut akhbar tersebut (http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/3/nation/5230216&sec=nation):
SPRM telah memperolehi kebenaran merampas 4 kereta mewah dan 4 buah rumah kepunyaan Setiausaha Politik tersebut serta kebenaran untuk membekukan akaun-akuan bank beliau.
Blogger Rocky Bru dan BigDog memberi gambaran bahawa Setiausaha Politik tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Nor Mohamad Yakcop, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan Kedua. http://rockybru.com.my/2009/12/nor-mohamed-yakcobs-pol-sec.html
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/12/03/aide-in-trouble-is-nmys-polsec/
Apabila Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan dari Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri berjanji pentadbiran beliau akan telus dan bertanggungjawab.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/10/nation/3673283&sec=nation
Malangnya buat Najib, yang menimbulkan masalah ialah orang-orang yang seharusnya membantu pentadbiran beliau. Sebaliknya mereka-mereka inilah yang memalit lumpur ke atas usaha-usaha Najib membawa perubahan di dalam kerajaan dan Umno.
Dakwaan ke atas Mohamad Hassan cukup serius begitu juga dengan dakwaan terhadap Setiausaha Politik yang dikatakan Setiausaha Politik Nor Mohamad Yakcop.
Kalau benarlah dakwaan terhadap Mohamad Hassan, maka ia cukup memilukan kepada Umno dan Kerajaan. Mohamad Hassan pernah menjawat jawatan yang cukup senior dalam sebuah bank yang mempunyai cawangan di London satu ketika dahulu.
Sudah pasti Menteri Besar Negeri Sembilan itu memahami akan peraturan perbankan di Malaysia. Satu ketika dahulu, sesiapa yang membawa Ringgit Malaysia, dikehendaki mengisi satu borang yang bernama "TDF - Travellers Declaration Form". Begitu sensitif sekali Bank Negara terhadap rakyat Malaysia yang membawa keluar Ringgit dari tanahair kita. http://www.endemicguides.com/CurrencyMas.htm
Dalam dakwaan terhadap Mohamad Hassan, ianya melibatkan RM10 juta dan dalam kes Setiausaha Politik ini, ianya melibatkan jutaan ringgit.
Kalau di Korea atau Jepun, sudah lama orang yang dituduh akan meletakkan jawatan. Dalam kes yang lebih ekstrim, ada yang membunuh diri seperti mana dalam kes bekas Presiden Korea Roh Moo-Hyun yang membunuh diri setelah disiasat atas tuduhan rasuah.
http://www.tribune.ie/news/international/article/2009/may/24/south-korea-stunned-as-ex-prime-minister-commits-s/
Malangnya, budaya meletakkan jawatan tidak pernah berlaku di Malaysia. Percayalah seminggu dua ini, orang-orang yang kena tuduh akan berlari ke sana ke mari untuk cuba mendapat perlindungan dari Perdana Menteri.
Kalau terpaksa berucap berjela-jela memuji Perdana Menteri pun mereka sanggup. Mengorbankan masa berjam-jam menghantar dan menunggu Perdana Menteri balik dari lawatan ke luar negeri pun mereka sanggup. Kalau orang lain mencium tangan Perdana Menteri 15 saat, dia sanggup cium tangan 15 minit dan tunduknya lebih rendah dari orang lain.
Itulah lumrah ahli politik Umno bila terdesak. Perlukah Perdana Menteri melayan semua ini?
Eloklah Najib menghentikan budaya ini. Cukuplah bertahun-tahun kita hidup macam ini. Yang bersalah tetap bersalah dan perlu dihukum jika kita mahu berubah dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kita.
Tidak guna Perdana Menteri mengadakan satu KPI untuk mengurangkan rasuah kalau pemimpin di sekeliling beliau diselaputi lumpur yang sudah hampir kering.
Tuan,
ReplyDelete"Tidak guna Perdana Menteri mengadakan satu KPI untuk mengurangkan rasuah kalau pemimpin di sekeliling beliau diselaputi lumpur yang sudah hampir kering."
1.Kalau 10 orang.....9 buat dajal...barulah betul2 dajal.....
2.Ini dak....kalau 1 atau 2 drp berpuluh...malah beratus-ratus...
adibeta,
kubang kerian,kelantan