Hakimilah sendiri pandangan-pandangan berikut mengenai Biro Tatanegara.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
"Saya tidak nampak apa sebab dirombak... saya ingat kekal (modul BTN). Tidak ada apa-apa yang tidak betul mengenai kursus BTN kerana kurikulumnya cukup baik untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kehidupan bernegara. Kadang-kadang ramai orang tidak faham nilai yang dapat menerusi kursus BTN. Saya tidak nampak BTN buruk selain dapat diterangkan tentang sejarah negara." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=460379
NAZRI AZIZ
Setiap orang hendaklah menjadi rakyat Malaysia tanpa mengira samada dia seorang Menteri atau tidak. Jangan hanya ketika dia menjadi Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir) dia (Tun Dr Mahathir) mahu setiap orang menyokong dia (Tun Dr Mahathir), awak (Tun Dr Mahathir) seorang rakyat Malaysia, apabila awak (Tun Dr Mahathir) tidak lagi menjadi PM, hanya bercakap mengenai Melayu. Saya tidak dapat menerima komen beliau (Tun Dr Mahathir). Kalau kita baca blog beliau (Tun Dr Mahathir), ia berbaur perkauman yang cukup ekstrem (bloody racist). http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45724--nazri-calls-dr-m-a-racist-for-defending-btn
AWANG SELAMAT (Utusan Malaysia)
Awang percaya jika lebih ramai orang bukan Melayu mengikuti kursus BTN sedia ada, mereka akan lebih memahami keperluan mempertahankan asas perlembagaan dalam erti kata sebenar. Tetapi janganlah hanya kerana pemimpin pembangkang melakukan provokasi, kita melatah dan mengikut begitu sahaja. Sepatutnya kita semua memberikan sekalung tahniah atas sumbangan semua petugas BTN yang selama ini banyak melonjakkan patriotisme dan cintakan negara biarpun pada ketika krisis tertentu, masyarakat meragui golongan politikus.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive
Inilah namanya "Dengar guruh di langit, air dalam tempayan di curahkan".
ReplyDeleteMemang begitulah YB2 kita ni... Pandai berlakon, waktu TDM jadi PM bawak aspirasi negara, depa sokong macam nak rak, tapi dah jadi lain sekarang... Pandai... pandai..
ReplyDeleteNazri ni berdendam kesumat kat TDM-ada yg dia nak Mahathir tak tunaikan dulu,hati dia busuk sebusuknya.BTN berjaya mencapai matlamatnya kalu tak takkan DAP marah sangat kat BTN,ia senjata melayu yg patut kita jaga dengan rapi dan runcingkan matanya,jgn mengalah pada desakan si DAP yg ternyata sememangnya memusuhi Melayu. Sebenarnya yg rasis ialah DAP dan yg lembu nya ialah melayu yg tak pasal2 nak hapuskan BTN...
ReplyDelete