Friday, December 4, 2009

ALLAHYARHAM JAAFAR ABDUL TINGGALKAN RM47.3 JUTA

ADA setengah orang berbangsa Melayu cukup bernasib baik.

Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, adalah salah seorang daripadanya.

Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_html

Pecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut: http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul

i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.

ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.

iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.

iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.

v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.

vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta

vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.

viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta

Kita harus berbangga kerana ada khabarnya seorang Menteri Besar Melayu yang ada berjuta ringgit untuk dipindakan ke London bertujuan membeli hartanah. Kita juga harus berbangga dengar khabarnya ada seorang Setiausaha Politik Melayu yang juga mempunyai jutaan ringgit, isteri seorang Menteri Melayu yang memindahkan jutaan ringgit dan kononnya seorang ketua eksekutif Melayu memindahkan RM18 juta ke London.
Kita harus bangga dengan kemampuan mereka yang sebangsa dengan kita ini.

2 comments:

  1. biar betul...
    ni mana datang duit ni..
    mmg semangat la lepas ni nak jadi polis...
    berjuta-juta tu duit...

    ReplyDelete
  2. bangga kerana mereka la UMNO hancur..

    amalan rasuah sangatla berleluasa

    ReplyDelete