Saturday, November 14, 2009

ANTARA KOMISEN BESAR & KEBAJIKAN NEGARA!

Berita Harian Jumaat lalu menyiarkan sebuah komentar yang menggunakan nama pena Kunta Kinte.

Sindiran dan teguran penulis yang tidak bernama ini agak objektif. Jarang sekali kita dapat membaca tulisan-tulisan seumpama ini di dalam media arus perdana akhir-akhir ini.

Penulisan Kunta Kinte Jumaat lalu harus dipuji. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Berikut ialah antara ungkapan Kunta Kinte dalam komentar beliau bertajuk Gejala Rasuah Tak Mengenal Bangsa.

MINGGU lalu kita cakap fasal Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cadang nak beli jet pejuang baru ganti MIG29.

Kunta Kinte kata fikir-fikirlah dulu fasal negara dan rakyat jelata dalam keadaan susah sekarang. Kalau boleh perbaiki dan pakai balik, perbaiki dan pakailah dulu. Kalau tak boleh juga, kita tangguhlah sementara.

Tak lama lepas Kunta Kinte buat cadangan itu, Kunta Kinte baca berita Kerajaan Switzerland tangguh dulu rancangan nak beli jet pejuang baru. Switzerland ini negara maju. Kalau ikut congak Bank Dunia, ia duduk nombor enam dari segi pendapatan perkapita. Kita nombor 48.

Kita nak ganti MIG29 yang baru berumur dalam 10 tahun. Switzerland nak ganti pesawat F5E yang kita dah lama simpan dalam stor.

Maaf cakaplah, kadang-kadang Kunta Kinte pun hairan fasal apa cepat sangat nak tukar dan beli peralatan baru. Fasal kebajikan negara atau fasal ada orang boleh dapat komisen besar?

Kunta Kinte juga turut mengupas tradisi Barisan Nasional membenarkan Kementerian Pengangkutan sebagai warisan MCA. Kata Kunta Kinte:

Kunta Kinte rasa amalan rizabkan kementerian tertentu kepada ketua parti tertentu kena ditukar. Nampak terang kaedah itu sudah tak boleh pakai.

Kalau PM dah tarik balik portfolio Kementerian Kerjaraya daripada MIC, Kunta Kinte rasa dia wajib tarik balik Kementerian Pengangkutan daripada MCA. Bagi MCA kementerian lain. Lepas itu barulah senang nak siasat apa dah jadi dengan kementerian lama.

Tukar jawatan dan kementerian ni bagus. Tangan PM tak terikat. Menteri pun selalu berjaga-jaga takut kena tukar. Bila kena tukar, orang baru mungkin siasat dan jumpa najis yang dia buat. Jadi masing-masing takut buat najis. Bila takut buat najis, bersihkan kerajaan dan pengundi pun mungkin sokong balik kerajaan.

Tapi kalau duduk main cara lama fasal takut lukakan hati parti komponen atau takut orang Cina dan India merajuk, Kunta Kinte khuatir pada pilihan raya akan datang, bukan saja orang Cina dan India tak balik sokong, malahan lagi ramai orang Melayu yang merajuk.

Orang Cina dan India mereka tak merajuk. Mereka main strategi. Mereka buat congak, buat kira-kira dan buat ilmu hisap. Mereka sokong yang kuat. Mereka kata kerajaan yang orang Melayu pimpin tak cekap, rasuah dan macam-macam lagi sampai ada orang Melayu dah jadi penakut dan apologis. Sikit-sikit minta ampun dan minta maaf.

Komentar penuh Kunta Kinte: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20091112231151/Article/

1 comment:

  1. cuba pegi kad add@blogspot.com lagi power dia punya hujah. dalam blog orang la, dalam blog dia hanya kompilasi je,,, saya setuju dengan hujah add nak nak dalam blog azli shukri

    ReplyDelete