Wednesday, October 28, 2009

KENAPA IA BERLAKU DI NEGERI SENDIRI?

Tiada maaf bagi mereka yang melakukan jenayah apatah lagi membunuh anak sendiri.

Mungkin sebahagian dari kita punyai kesabaran yang cukup tinggi, tetapi semua insan tidak serupa.

Pilu dan menyayatkan hati terbaca akan kisah Bahasniza Abu Bakar yang dihukum penjara 10 tahun kerana membunuh anak keenam beliau.

Suami penagih dadah. Bekalan susu sudah 5 hari kehabisan. Maka dibancuhnya air teh untuk diisikan di dalam botol susu untuk disusukan pada anak kecil berusia 10 bulan. Baca kisah Bahasniza di link ini:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20091028082854/Article/index_html

Tidak semua insan bernasib baik. Paling memilukan ia berlaku di negara kita sendiri.

1 comment:

  1. kesian nya..


    mana duit zakat untuk membantu golongan sperti ini..

    aku bayar zakat setiap bulan..

    ReplyDelete