Rohaizat Othman, calon Umno di Permatang Pasir, dibelenggu dua isu.
Pertama, beliau dikatakan beristeri dua dan isteri kedua beliau ialah Hafizah Mohd Ali, ketua kerani yang pernah berkerja di pejabat Rohaizat selama 8 tahun.
http://www.malaysiakini.com/news/111061
Kedua, pecah amanah melibatkan RM161,000 kepunyaan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.
http://kedahku.blogspot.com/2009/08/isu-rohaizat-kenyataan-majlis-peguam.html
Dua tuduhan yang cukup memalukan pucuk pimpinan Umno. Rohaizat menafikannya. Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi berikut: "Saya diberitahu bahawa Rohaizat didakwa mempunyai dua isteri tetapi dia menafikannya. Kemudian saya ditunjukkan gambar wanita (isteri kedua Rohaizat) tersebut. Saya tak tahu lah samada orang yang macam ini layak menjadi wakil rakyat atau tidak." http://www.malaysiakini.com/news/111146
Yang menariknya, hampir kesemua pemimpin Umno menyalahkan Pakatan Rakyat yang kononnya membuat "fitnah-fitnah" ini. Tiada seorang pun menyalahkan diri sendiri.
Tetapi di gerai-gerai kopi dan nasi kandar, lain pula ceritanya. Orang yang menjadi topik perbualan dan dikatakan bertanggungjawab terhadap keputusan memalukan ini ialah Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan.
Rohaizat adalah orang kanan Ketua Bahagian Permatang Pauh Jalil Abdul Majid dan Zahid merestui pemilihan Rohaizat sebagai calon.
Hampir satu Pulau Pinang tahu latarbelakang Rohaizat kecuali Zahid Hamidi. Timbalan Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman juga tahu latarbelakang Rohaizat. Malangnya pandangan Zainal tidak diperlukan.
Semalam Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa isu Rohaizat ditutup dan Umno tidak akan membangkitkan isu peribadi semasa kempen di Permatang Pauh. Kenapa Zahid mengelak dari bertanggungjawab kepada komedi ini?
Seperti kata Dr Mahathir, Rohaizat tidak layak dipilih sebagai calon. Adakah Umno Permatang Pauh ketandusan calon?
Zahid sebagai Naib Presiden Umno seharusnya menunjuk satu contoh untuk diteladani oleh seluruh warga Umno - iaitu bertanggungjawab terhadap pemilihan Rohaizat.
Apakah berkahwin dua itu satu jenayah?
ReplyDeleteBukankah beliau sudah selesaikan masaalah berkenaan dengan koperasi berkenaan?
Apakah tiada peluang langsung manusia untuk menebus kesalahan?
Kita bukan maksum macam pemimpin dan pembontot PIS!!!
Detguaq kena tanya Tun Mahathir lah samada salah ke tidak kahwin dua.
ReplyDeleteBanyak lagi kes pecah amanah calon bn. apa nak terperanjat. Org umno memang macam tu pun.
ReplyDelete