Hari ini terbuktilah slogan Wawasan 2020 hanya omong-omong kosong orang politik Kerajaan.
Ia hanya tidak lebih dari mainan politik pemimpin kita seperti Rais Yatim yang mahu kita berkhayal kononnya negara kita berada pada landas mencapai matlamat menjadi negara maju (G7) setanding Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Jerman, Itali dan Kanada.
Realiti sebenarnya TIDAK.
Kalau mengikut kehendak Rais Yatim, beliau mahu Malaysia mundur ke belakang dan diletak seiring dengan negara seperti Myanmar, China, Cuba, Turkmenistan, Uzbekistan, Vietnam dan Eritrea yang dikenali sebagai negara "musuh internet".
Petang tadi, portal berita Malaysian Insider, menyiarkan berita bahawa Rais Yatim bercadang untuk menapis internet menggunakan teknologi China yang dikenali sebagai "THE GREEN DAM".
Tidaklah kita mengetahui sama idea ini adalah cetusan idea Rais Yatim atau bos beliau Najib Razak.
Dulu bukan main hebat Rais bercakap mengenai demokrasi selepas ditendang keluar oleh Dr Mahathir Mohamad. Kini Rais sendiri panas telinga tidak dapat menerima kritikan para bloggers.
Jalan mudah bagi Rais, turut cara negara China. Tapis blogger dan biar rakyat hanya mendengar propaganda kerajaan.
Sebenarnya, tindakan Rais ini tidak lebih dari mengakui bahawa beliau tidak layak sebagai Menteri Penerangan.
Apalah yang ada pada blogger. Blog bukan RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV9, TV8 atau Bernama TV yang dibawah naungan Rais yang mempunyai penonton puluhan juta setiap hari.
Nampaknya Rais kecut perut dengan blog dan hilang keyakinan dengan stesen-stesen TV di bawah naungan beliau sendiri. Seharusnya Rais yakin akan usaha beliau selama ini, mengadakan dan memperkenalkan lagu 1Malaysia, senaman 1Malaysia, logo 1Malaysia dan sebulan lalu, Salam 1Malaysia.
Atau mungkin Menteri Penerangan kita kurang faham mengenai IT. Kita faham kerana Rais pun dah 67 tahun usianya. IT ini hanya wujud di zaman anak-anak muda.
Bagaimanapun jika "Green Dam" menjadi pilihan Najib dan Rais, kita kena terima dan faham akan implikasinya kepada negara.
Lebih baik rais ajak rakyat dulu dalam gua dan pakai cawat
ReplyDelete