Oktober nanti perhimpunan agung khas Umno akan diadakan dan perlembagaan Umno akan dicadangkan dipinda agar proses pemilihan dalam Umno akan "terbuka, telus dan demokratik".
Mac lalu, presiden baru Umno, Najib Razak, membuat kenyataan-kenyataan berikut di penghujung perhimpunan. Kata beliau:
"Pada masa ini kepimpinan tertinggi UMNO ditentukan oleh hanya lebih kurang 2,600 ahli UMNO sahaja. Ahli-ahli UMNO yang bersidang mewakili tiga juta ahli UMNO. Banyak yang berpendapat bilangan itu tidak mungkin mencerminkan kehendak dan aspirasi tiga juta ahli UMNO."
"Oleh itu, pada masa akan datang pemilihan UMNO akan dibuat serentak di 191 bahagian UMNO. Dalam zaman teknologi moden ini kita boleh bina prasarananya. Biarlah 60,000 ahli UMNO memilih pemimpin-pemimpin UMNO masa depan."
"Biarlah kita benar-benar merupakan pemimpin akar umbi. Pemimpin menjadi pemimpin atas nama suara rakyat dan suara ahli."
"Kuota untuk jawatan perlu diubah. Saya mulakan dengan jawatan presiden parti. Saya tidak mahu berselindung di belakang kuota untuk menjadi Presiden UMNO. Pada masa sekarang ini untuk menjadi presiden perlu pencalonan daripada 58 bahagian. Tak mungkin boleh dapat 58 bahagian, tak mungkin!"
"janganlah sampai untuk jawatan presiden perlu ada 58 bahagian. (Sebaliknya) saya hanya rela menjadi presiden kalau ahli UMNO menyokong saya sebenarnya."
http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2009&y=2009&dt=0328&pub=UMNO2009&sec=Rencana&pg=ru_02.htm
APA YANG DICADANGKAN
Jawatan Presiden: Calon mestilah masih dan telah menjadi Ahli Majlis Tertinggi TIGA penggal berturut-turut.
Timbalan Presiden: Calon mestilah masih dan telah menjadi Ahli Majlis Tertinggi DUA penggal berturut-turut.
Naib Presiden: Calon mestilah pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi selama SATU penggal.
http://www.nst.com.my/articles/16zub/Article/index_html
ATAU MENURUT AKHBAR THE STAR (dinafikan oleh Hishammuddin Hussein)
Jawatan Presiden: DUA penggal memegang jawatan Naib Presiden.
Timbalan Presiden: DUA penggal memegang jawatan Naib Presiden.
Naib Presiden: DUA penggal menjadi Ahli Majlis Tertinggi.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/2/focus/4406978&sec=focus
Jelapang: Kalau inilah cadangan yang dikatakan akan membolehkan proses pemilihan Umno akan terbuka, telus dan demokratik, maka Umno akan terus dipimpin muka-muka yang suatu hari nanti dijemui rakyat.
Najib akan terus menjadi presiden Umno pada umur 65 tahun dan Muhyiddin akan kekal Timbalan Presiden parti pada usia 71 tahun.
Kalau inilah cadangan yang akan dibawa ke perhimpunan agung khas nanti, maka benarlah kata-kata ahli-ahli di akar umbi. Siapa sahaja yang berada di atas, pasti mahu menongkat langit.
Percayalah, kalau benar inilah yang akan dicadangkan, ia akan diluluskan sebulat suara kerana Umno sehingga hari ini belum berubah dan tidak akan berubah. Tiada ada siapapun di kalangan perwakilan nanti akan berani menentang cadangan ini.
Oleh itu, tiada bezanya sistem kuota yang ada sekarang ini dengan sistem baru yang akan diperkenalkan nanti. Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan ditentang. Malahan tiada "orang luar" yang layak menentang presiden dan timbalan presiden.
Oleh itu kepada pemimpin Umno bahagian yang mempunyai kelayakan yang tinggi, lupakanlah hasrat untuk menawarkan diri sebagai pemimpin alternatif parti. Apa pun yang akan berlaku pada parti nanti, hanya muka-muka yang kita muak memandang inilah yang akan terus memimpin parti.
Itulah hasrat kepemimpinan Umno yang ada pada hari ini.
No comments:
Post a Comment