Itulah ungkapan bekas Timbalan Presiden Umno itu dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.
Tun Musa pernah berkata Umno sudah tua. Tetapi malangnya, tiada usaha dalam Umno untuk "meremajakan" parti yang sudah tua ini.
Beberapa nasihat dan ungkapan Tun Musa pasti sukar diterima atau mungkin tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Umno. Malah ada di kalangan ahli-ahli Umno termasuk pemimpin generasi muda tidak mengenali Tun Musa.
Kata Tun Musa: "Saya ingin bercakap terus terang, saya bosan dengan apa yang terjadi di kalangan Umno sendiri yang mana saya sendiri pernah memegang pelbagai jawatan dan menjadi ahli berpuluh-puluh tahun dan masih menjadi ahlinya hingga kini."
"Kebosanan saya ini adalah bagaimana kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan kepada Umno dan Barisan Nasional berkecamuk begitu teruk hinggakan kita kalah banyak sama ada di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri."
1) Kecaman Tun Musa terhadap Umno kerana gagal mengawal negara.
"Keadaan politik negara sangat berkecamuk. Satu sebabnya ialah Umno tidak dapat mengawal Malaysia yang jauh bertukar dalam jangka masa pendek. Dan pemimpin-pemimpin Umno masih lagi berfikiran dengan cara dahulu. Iaitu andaian kita sentiasa menang dan berkuasa"
"Kita ada kuasa, kenapa kita tidak buat macam-macam. Inilah andaian dan pemikiran pemimpin Umno dari dahulu. Ini yang telah memusnahkan kita. Ada kuasa disalahgunakan kuasa atau membuat sesuatu tidak mengambil kira akibat serta pandangan masyarakat. Pada pendapat saya ia begitu teruk keadaannya."
2) Kecaman Tun Musa kepada mereka yang tidak mahu menerima kritikan.
"Tetapi kita masih alpa bahawa perkara yang sering kita hujahkan masih lagi berteraskan isu lama. Malah makin lama makin lapuk.
"Kita masih tidak sedar malah sesiapa yang menyatakan orang Umno telah lapuk akan dicap sebagai anti-Umno. Mereka terus tenggelam dalam dalam pemikiran bahawa kita akan memperjuangkan hak Melayu bermati-matian. Tetapi golongan baru dan terpelajar tidak berfikiran begitu. Logik mereka adalah lebih sofistikated dan pendedahan mereka kepada dunia luar lebih luas."
3) Kecaman Tun Musa terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Minta maaf saya sebutkan, selama 22 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir perkara ini tidak disedari kerana beliau memimpin sebuah kerajaan yang kuat. Beliau dapat menjayakan pembangunan dari segi fizikal dan menjadikan kita berbangga dengan pelbagai pembangunan yang dilakukan."
4) Kecaman terhadap ketamakan ahli-ahli Umno.
"Malangnya yang masuk Umno itu pula kerana hendak dapat tempat. Ramai mereka beranggapan masuk Umno dapat bisnes, jawatan dan sebagainya. Ini sudah jadi budaya. Jika mereka sudah tanam modal untuk bertanding atau mendapat jawatan maka mereka ini akan mencari jalan untuk mengaut keuntungan atas jawatan yang dimenangi.
"Saya sedih dan bosan dengan perkara ini. Ada juga yang pada awalnya dilihat menonjol dan radikal namun bila masuk Umno sudah bertukar."
5) Rasuah, nepotisme dan kronisme dalam Umno.
"Akibat dari merasa kuasa itu kita punya telah mengakibatkan Umno dalam keadaan yang begitu tenat. Implikasi dari ayat kita berkuasa itu telah mengakibatkan kita membolehkan nepotisme, rasuah dan kronisme. Itu mentaliti yang menghantui kita sekarang. Perkara ini ada berlaku dahulu tetapi tidak seteruk sekarang."
"Tiap kali orang kritik, kita akan kutuk mereka. Kita langsung tidak mahu melihat sama ada kita salah atau tidak. Bila kita tengok dahulu orang Umno ini pakai kereta biasa sahaja tetapi bila dilantik menjadi ahli Parlimen ataupun Adun, rumah dan kereta pun bertukar. Bila ditanya mana dapat duit, mereka akan menjawab jangan tuduh tanpa bukti. Kemudian orang yang bertanya ini akan dicap anti Umno. Ini yang dinyatakan oleh golongan muda yang saya jumpa dan mereka ini ramai yang anti Umno."
Termasuk dirinya... tiong yang pandai bercakap bila lapar tetapi diam bila kenyang.
ReplyDeleteakum> saya amat setuju dengan tun musa hitam dia orang yang banyak berpengalaman luas didalam politik umno dan sepak terajang nya dia pun tahu. umno sudah diharamkan pada tahun 1988 ini sejarah yang tidak dapat diubah ia tetap tercatit dalam lipatan sejarah malaysia. maka pada tahun yang sama umno baru telah didaftarkan dengan tun dr mahathir menjadi pengurusi penaja alahyarham tun abdul ghafar jadi timbalan pengurusi dato mohamad rahmat menjadi setiausha agong tun daim bendahari itu kenyataan yang kena terima maka umno yang diwujudkan pada tahun 46 telah tidak wujud lagi hingga kehari ini macam mana pun ahli2 umno masih merayakan ulangtahun nya berdasarkan urutan dari 1946 gila betul.kenyataan pedas tun musa hitam patut dijadikan renungan kepada semua pihak khususnya pihak pemerintah agar tidak membuat sesuatu perkara mengikut mood mereka sahaja tanpa mengambil kira mood rakyat. dan yang duduk diatas kena sedia mendengar rintihan dan keperitan hidup rakyat marahen yang menerima banyak tempias krisis ekonomi global.politik umno akan hancur sekiranya perubahan kearah penyatuan melayu tidak dapat dilakukan dengan menolak mentah2 pengaruh pimpinan PAS dan PKR dalam kemelut politik melayu masa kini. pemimpin umno mesti beranggapan siapa dia ANWAR IBRAHIM dan HADI AWANG untuk berbincang dengan kepimpinan umno masa kini. sebenarnya kunci perpaduan ada ditangan kedua-dua tokoh melayu ini. jika umno dapat mengambil hati kedua-dua tokoh ini masaalah umno akan selesai dan penyatuan melayu akan berjaya dirungkai menjadi kedamaian dan bangsa mealyu akan bersatu menjadi kukuh tidak akan berpecah belah seperti sekarang.fikirkanlah wahai para pemimpin melayu beragama islam memang perselisihan akan tetap wujud dikalangan orang melayu sekurang-kurang nya dapat dikurangkan ketegangan nya demi umat melayu. kebimbangan saya ialah mudah aje kawasan majoriti melayu kuarang 60% BN tidak akan berjaya atau memenangi kerusi parlimen dikawasan yang melayu hanya 60% pengundi. itulah sahaja dari saya komen berkenaan tun musa itu harus diberi perhatian. wslm
ReplyDeleteDIA PANDAI BERCAKAP TAPI DIA ADALAH ANTARA ORANG YG MEMBUAT UMNO MULA DIBENCI.INGAT BALING, IBRAHIM LIBYA.
ReplyDelete