17, 400.
Itulah jumlah ahli Umno bahagian Permatang Pauh dan dari jumlah ini, pucuk pimpinan parti memilih Rohaizat Othman dari 17,400 ahli sebagai calon paling layak untuk merampas kerusi Permatang Pasir dari Pas.
Belumpun kempen bermula, Rohaizat diselubungi kontroversi.
24 jam sebelum penamaan calon pasti menjadi saat-saat getir buat Rohaizat. Desas-desus beliau akan digugurkan berkemundang di kedai-kedai kopi.
Lebih menakjubkan apabila pimpinan Umno gagal menyiasat dengan teliti latarbelakang Rohaizat, bekas seorang peguam syariah, padahal pucuk pimpinan hanya perlu men"google" nama Rohaizat untuk melihat senarai tindakan disiplin yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam tahun lepas di mana nama Rohaizat tersenarai: http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html
Pelbagai cara lazimnya digunakan Umno untuk menyiasat latarbelakang seseorang calon. Umno ada polis, SPRM, Pendaftar Syarikat, Tentera dan sebagainya untuk menyiasat latarbelakang Rohaizat tetapi kali ini, mereka gagal mengesan bahawa calon mereka dilucutkan gelaran peguam oleh Majlis Peguam kerana masalah disiplin.
Pihak pembangkang sudahpun memulakan kempen SMS mereka. Ia berbunyi:
“Calon BN di P. Pasir penyeleweng wang amanah. Padi harapkan pagar, pagar makan padi. Tolak calon BN yang tidak beramanah.”
Reaksi pemimpin Umno telah dijangkakan - enggan mengakui kesilapan sendiri. Kata Muhyiddin Yassin:
"BN telah membuat semakan terperinci berhubung kes pelucutan kelayakan calonnya Rohaizat Othman sebagai seorang peguam dan mendapati ia bukan satu isu kontroversi seperti yang didakwa oleh Pakatan Rakyat. Tetapi kita sudah bersedia untuk menghadapinya."
http://www.malaysiakini.com/news/110742
http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/permatang_pasir_by_election_bn_to_keep_rohaizat.html
Apapun kenyataan pimpinan Umno, jelas jentera kempen akan menghabiskan masa menangkis serangan pembangkang terhadap kes melibatkan Rohaizat.
Hari ini, presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan membuat kenyataan berikut mengenai Rohaizat. Antaranya:
* Tindakan terhadap Rohaizat melibatkan salahlaku beliau sebagai seorang peguam.
** Kesalahan yang dibuat Rohaizat adalah kesalahan individu dan bukannya oleh syarikat guamnya.
*** Rohaizat dilucutkan ahli Majlis Peguam pada 7 Mac 2008. Rohaizat merayu kepada Mahkamah Tinggi dan rayuan beliau ditolak 5 hari yang lalu.
**** Kesalahan yang dilakukan Rohaizat berhubung wang berjumlah RM140,000 kepunyaan Koperasi Pekebun Getah.
Kenyataan Presiden Majlis Peguam boleh dibaca di sini:
http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147425-rohaizats-offence-a-personal-misconduct-ragunath-says.html
Siang-siang Khairy Jamaluddin sudah menuduh Pakatan Rakyat membawa masuk pengundi hantu ke Permatang Pasir. Dengan kata lain, sekiranya BN kalah, ianya disebabkan oleh pengundi hantu. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=433366
Dan bukannya berpunca dari latarbelakang Rohaizat.
Salam, saya amat bersetuju dengan komen tuan terhadap Rohaizat. Bagi penduduk di sekitar Permatang Pauh terlalu banyak skandal Rohaizat yg kami ketahui.Majlis Peguam sendiri telah meyatakan bahawa beliau di "struck off" kerana kesalahan individu iaitu beliau sendiri dan bukannya kesalahan firma beliau.
ReplyDelete