Tragik terutamanya pada keluarga Teo, tambahan pula mendiang dikatakan akan melangsungkan perkahwinannya esok.
Lebih tragik lagi sekiranya ia membawa kesan negatif kepada BN dan Najib Razak.
Kematian Teo sudah pasti akan menjadi modal baru Pakatan Rakyat. Ketika kerajaan merayakan 100 hari Najib sebagai PM, 5 hari kemudian "perayaan" ini dicemari oleh insiden kematian Teo di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Apapun alasan yang diberikan oleh SPRM mengenai kejadian ini, badan itu perlu memberi jawapan kepada beberapa persoalan yang akan dibangkitkan nanti.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull membuat kenyataan berikut petang tadi:
Teo datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.
Sebelum pulang Teo berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.
Beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=425953
Antara persoalannya: 1) Adakah menjadi prosidur biasa SPRM menyoal siasat seseorang sehingga 3.45 pagi?
2) Adakah perkara biasa bagi SPRM memberi kebenaran kepada orang yang disoalsiasat untuk tidur di pejabat SPRM selepas dibebaskan?
3) Bukankah orang yang disoalsiasat menjadi tanggungjawab SPRM selagi dia masih berada di dalam bangunan atau pejabat SPRM?
SPRM adalah badan bebas. Ia mempunyai kuasa yang cukup besar selepas diberi taraf Suruhanjaya oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau mengundur diri.
Kes kematian ini merupakan kes pertama yang dikaitkan dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Seharusnya kerajaan mengambil tindakan pro-aktif untuk memastikan kita berlaku adil kepada mereka yang tidak bersalah.
Shukri menyatakan Teo hanya seorang saksi atau dengan kata lain bukanlah orang yang kena tuduh dan bukan orang bersalah.
Maka ada baik sekiranya pihak polis menyiasat dengan terperinci kes kematian ini tanpa prejudis. Kalau perlu gantung saja kerja Pengarah Siasatan SPRM Selangor serta pegawai SPRM yang terlibat dalam menyoal siasat mendiang Teo. Tetapi janganlah menyoalsiasat pegawai SPRM ini sampai 3.45pagi. Apapun kerajaan perlu elakkan kes ini dari menjadi biawak hidup Umno yang akan dibawa ke PRU-13 nanti.
SEMENTARA ITU:
Nazri Aziz membuat satu lagi kenyataan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Talib Othman.
Kenyataan beliau yang terbaru:
“If they want to summon me, summon la. Saya peduli apa (What do I care). They are not important to me. To me, they are misfits". (Kalau mereka hendak saman saya, saman lah. Saya peduli apa. Mereka tidak penting bagi saya. Bagi saya, mereka janggal." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090716173236/Article/index_html
Untuk pengetahuan Nazri, beliau sudah pun diberi gelaran "Badut 2009" oleh blogger Khoo Kay Peng. http://khookaypeng.blogspot.com/
Dan Kay Peng mendakwa SPRM bertanggungjawab di atas kematian Teo.
kalau orang umno kena siasat tak pernah pulak terjun bangunan,kenapa orang dap terjun....pressure sangat ke...
ReplyDeletesprm x perlu jawab,
ReplyDeleteini mesti kes bunuh diri, daripada kena menjawab dgn ronnie liu..bak kata pepatah biar peach di perut jgn pecah di mulut..
lepas ni pakatan riot akan jadikan perkara ini isu utk memalukan dan menghina kerajaan
Tulisan RPK adalah usaha untuk memutarbelit dan menyalahkan SPRM.
ReplyDeleteBaca artikel kami yang di hiperlink dan tanya diri sendiri. .
Adakah MACC sanggup hingga toreh pergelangan tangan seseorang dan terkoyak seluarnya?
RPK kata ini satu kesilapan. Adakah ini satu kesilapan?
RPK baik tanya kawan baiknya, Ronnie Liu apa sebenarnya yang berlaku?
kenapa pulak bn dan kerajaan kena bertanggungjawab.dia disiasat macam yang lain. mesti ada yg tak kena sampai dia tak boleh tahan tekanan.
ReplyDeleteaku tak paham dengan kau. bila jadi apa-apa, kau hentam kerajaan. hentam umno.hentam bn. ada orang peduli kalau org mati kena langgar. ada kau peduli kalau anak melayu lemas di laut. lama-lama aku bosan baca tulisan kau