Kekalahan 65 undi Umno di pilihanraya kecil Manik Urai tempoh hari kononnya mengambarkan kembalinya keyakinan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.
Kalau benarlah tanggapan yang diwarwarkan oleh pucuk pimpinan selepas pilihanraya kecil tersebut, maka Umno boleh menarik nafas lega dan mendabik dada bahawa rakyat akan memberi mandat besar semula kepada BN dan Umno dalam pilihanraya yang akan datang.
Kalaulah benar rakyat kembali yakin kepada BN, tidak mungkin Umno kalah dengan 65 undi. Umno seharusnya menang kalau diambil kira janji-janji yang ditaburkan di Manik Urai termasuk menjanjikan Manik Urai dijadikan pusat agropolitan. Tetapi Umno kalah. Dengan jentera yang begitu perkasa, Umno tidak juga menang di Manik Urai di mana 99.5 peratus pengundi adalah Melayu. Kalau di pilihanraya kecil lain, pengundi bukan Melayu disalahkan, di Manik Urai, kawasan Melayu, kalah juga.
Bagaimana hendak menang kalau pemimpin Umno sendiri pun tak "syok" dengan pemimpinnya.
Buktinya di Perlis. Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Perhubungan Umno, sendiri tak "syok" dengan Menteri Besar yang juga pemimpin Umno, dari parti Shahidan sendiri.
Kata Shahidan: "jika Md. Isa tidak mampu membuat sebarang keputusan, adalah lebih baik jawatan itu diberikan kepada mereka yang lebih berkaliber seperti ADUN Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, ADUN Santan, Sabry Ahmad atau ADUN lain yang dilihat berkebolehan." Laporan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Kalaulah Shahidan, seorang pemimpin Umno, tak "syok" dengan pemimpinnya sendiri, tak ada sebab rakyat jelata perlu "syok" dengan pemimpin Umno.
Yang peliknya, pucuk pimpinan Umno di peringkat atas pun tak berminat nak selesaikan masalah di Perlis ini. Mungkin mereka pun tak "syok" dengan pemimpin mereka sendiri. Itulah sebabnya, depa tak berapa "syok" nak selesai masalah Perlis.
Betul tu..teguran Shahidan menunjukkan ada teguran dalaman sesama sendiri...memang tak syok bila kena tegur.
ReplyDeleteElok ikut seperti dalam PAS dan Pakatan Reject - semuanya syok sama sendiri, fanatik membuta tuli, ramai ramai sesat, sehati sejiwa.
Jangan dok buat lagu tu! Parti lain pun ada pemimpin yang pemimpin lain tak syok. Tak kan pasai tu kita nak kena lari pi parti lain? Ubah pi parti lain, jadi lagu tu jugak, tak kan nak kena lari pulak? Sat ni kot tak larat nak lari la....
ReplyDelete