Sunday, July 19, 2009

HALIMI: PEGAWAI SPRM UGUT LETAK PUNTUNG ROKOK PADA KEMALUAN SAYA!

Andai kata Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Hwa, yang juga ahli parti pembangkang, berbohong bahawa beliau diugut dan diherdik dengan kata-kata kesat seperti "Cina Bodoh" oleh pegawai-pegawai SPRM, ada baiknya kita mendengar pula versi Ahli Jawatankuasa Umno Maran Halimi Kamaruzzaman (gambar, berdiri disebelah Norza Zakaria) akan "layanan" yang diberikan oleh SPRM semasa beliau disoalsiasat.
http://www.malaysiakini.com/news/108712

Pada Januari tahun ini, Halimi, ahli Umno, disoalsiasat oleh SPRM berkaitan kes politik wang melibatkan Norza, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.

Dakwaan Halimi dalam laporan beliau kepada polis:

1) Dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari.

2) Penderitaan yang didakwa seumpama berada di kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq.

3) Tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

4) Di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

5) Pegawai yang dikatakan ketua unit telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding.

6) Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit.

7) Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya.

Ini dakwaan yang dibuat oleh pemimpin Umno di peringkat bahagian. Adakah Halimi berbohong? Ada baiknya pemimpin atau ahli-ahli Umno yang pernah disoalsiasat oleh SPRM tampil ke hadapan dan menceritakan bagaimana mereka dilayan oleh pegawai-pegawai SPRM semasa disoalsiasat.

Manalah tahu, mungkin akan ada yang akan tampil ke hadapan menceritakan betapa mesranya layanan pegawai-pegawai SPRM ketika mereka disoalsiasat.

Berikut berita mengenai laporan Halimi kepada polis yang disiarkan oleh Malaysiakini. Malangnya tiada akhbar media perdana yang berani menyiarkan berita berikut.

Laporan Malaysiakini.


AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM
Jan 29, 09 7:33pm


Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat.

Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut.
http://www.malaysiakini.com/news/97271

4 comments:

  1. AKU SOKONG POLIS dan SPRM 100%...

    ReplyDelete
  2. Hanya orang gila publisti akan fikir mcm itu. Zalim sangat ke org SPRM nak buat perkara terkutuk tu. Ini bukan Amerika, Britain atau negara yang sewaktu dgn AnWar al juburi. Semestinya setiap pegawai yang ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab sudah semestinya mempunyai adab bicara bukan ganster along nak main pukul pukul. Kalau dia org pukul atau belasah sampai nak mampus, atau nak sunat anu ke hah ko keluar dari pejabat terus g buat laporan polis serta ambil gambar kena dera, belasah di depan pegawai polis serta doktor, tak payah tunggu lama nak buat komen.

    ReplyDelete
  3. buduh...tu pun nak lg lepak dlm umngok...kalau diingat balik kes kematian adik aminurasyid,teoh beng hok & sarbani mmg x dpt nk menolak kemungkinan besar dakwaan ni benar..

    ReplyDelete
  4. aku bekas sprm dulu aku tumbuk bogelkan orang kalau aku buat pengakuan pun semua akan cakap aku yang menipu. aku sudah insaf ingat api neraka la sahabat ku sprm. jangan nak kejar kes je sampai iman tergadai.

    ReplyDelete