Saturday, June 27, 2009

TOK PA: MANIK URAI PERMULAAN GELOMBANG

"Manik Urai akan merupakan permulaan kepada gelombang perubahan di Kelantan. Perubahan ini akan merebak ke negeri-negeri lain. Kita akan menghentikan penipuan dan penghinaan oleh individu yang berselindung di sebalik agama." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/2593333/Article/index_html

Ini adalah antara kenyataan Pengarah Pilihanraya Kecil BN untuk Manik Urai Mustapa Mohamed.

Dalam sejarah politik negara, Kelantan lah negeri yang paling lama berada di bawah pemerintahan parti pembangkang. 19 tahun lamanya.

Pelbagai lakaran sejarah berlaku sepanjang 19 tahun ini. Ini termasuk pemodenan Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan negara amat dihormati oleh negara-negara di dunia Islam.

Tetapi orang Kelantan tetap sama. Tidak berubah cita rasa sejak 1990. Salah siapa? Salah pembangkang atau Umno?

Benarkah pemimpin-pemimpin Umno Kelantan lebih rela Pas terus mentadbir Kelantan atas sebab-sebab tertentu? Tok Pa seharusnya mempunyai jawapan kepada persoalan ini.

No comments:

Post a Comment