''Dalam hal ini, saya tetap dengan pandangan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa merupakan kategori pemimpin yang berpandangan jauh sedangkan yang lain hanya mengamalkan politik populis. Langkah Abdul Hadi itu langkah negarawan yang layak diberi penghargaan." - Rais Yatim. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Dalam banyak-banyak komen yang dibuat oleh Rais Yatim setiap hari sejak beliau tewas pemilihan Umno yang lepas dan sejak diberi semula roh politik oleh Najib Razak, kenyataan di atas pasti membuka mata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno.
Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa pemimpin berpandangan jauh! Hadi Awang negarawan!
Sudah lama kita tidak mendengar seorang ahli kabinet dan seorang Menteri Penerangan memberi sanjungan dan penghormatan yang begitu tinggi kepada pemimpin Pas yang berkurun-kurun dituduh oleh Umno mengkafirkan rakyat.
Kalau dalam Pas, Nik Aziz Nik Mat mengherdik Hadi dan menyifatkan sesetengah mereka sebagai "boneka Umno", apa pula pandangan Presiden Umno Najib dan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin kepada kenyataan Rais ini?
Seharusnya Rais selitkan kenyataan ini dalam komen beliau hari ini di RTM1, RTM2, Radio RTM, TV3, TV9, NTV7, Bernama TV dan Radio 24 agar seluruh pelusuk negara tahu bahawa Hadi Awang, PRESIDEN PAS, ada seorang negarawan.
Rais tidak ada masalah untuk mendapat liputan luas dengan komen-komen beliau. Saban hari, siang malam, stesen-stesen TV dan radio yang terletak di bawah Kementerian beliau menyiarkan visual dan audio Rais Yatim memberi komen dalam pelbagai isu.
Ada kalanya, berita mengenai Rais mengalahkan pengumuman yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin.
Mungkin juga visual Rais setiap hari boleh memperkuatkan Umno dan BN semula. Mungkin juga Rais adalah "muka" atau "face" yang boleh menyakinkan rakyat untuk kembali kepada BN dan Umno . Wallahualam.
dengar cerita rais ni hanya sibuk betulkan bahasa pegawai dari buat kerja serius. betul ke?
ReplyDeleteDatuk Seri Rais Yatim is one of the better leaders in this country and I tend to agree with him.
ReplyDeleteIf Umno is serious about Malay unity, then its time to defend Hadi and Nasharuddin from the onslaught of 'political extremist' like you know who.
he he alahai Rais... Rais..
ReplyDeleteApa dah jadi dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Ustaz Hadi tentang UMNO satu masa dulu.
Mungkin Rais dah simpan 'fatwa' itu dalam rak. Dan akan dimainkan semula pada masa yang sesuai nanti.