Pelbagai slogan dan kata-kata semangat digunakan untuk meraih sokongan dari pengundi.
Antaranya perkataan Ketuanan Melayu, Bangkitlah Melayu dan sebagainya.
Malangnya Umno sudah tidak tahu memenangi hati rakyat dan pengundi. Kita tidak memerlukan slogan dan kita tidak memerlukan kata-kata semangat.
Malahan kita tidak perlukan program-program yang kompleks untuk meraih simpati rakyat.
Kita tidak perlu tidur di rumah orang dan menoreh pokok getah untuk meminta sokongan mereka.
Hanya yang kita perlukan ialah memahami kesusahan rakyat dan bersama-sama mereka mengharungi masa-masa sukar ini.
Kenapa pembangkang popular? Bacalah artikel berikut http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=415636 dan kita akan tahu kenapa mereka popular.
No comments:
Post a Comment