Wednesday, June 17, 2009

HISHAMMUDDIN: TAK PAYAHLAH TERLALU SENSITIF

PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia akan meminta penjelasan daripada pihak Kedutaan Amerika Syarikat di sini berhubung tindakan negara itu memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara menyeludup manusia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan Malaysia dimasukkan semula dalam senarai itu. Malaysia dikeluarkan daripada senarai tersebut tahun lalu.

"Hari ini ditingkatkan semula kepada (tahap) tiga, jadi, kita akan berjumpa dengan pihak Kedutaan Amerika Syarikat untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang menjadi (punca) tuduhan dan dakwaan itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=418724

Kadangkala kita terlalu sensitif terhadap kritikan. Adakalanya kita merasakan kita tidak langsung dapat menerima kritikan. Reaksi Hishammuddin semalam mengenai laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - mungkin boleh ditafsirkan sedemikian - bahawa memang benar kita tidak boleh menerima kritikan.

Amerika Syarikat bukan calang-calang negara. Kita mungkin tidak sependapat dengan Amerika Syarikat dalam beberapa isu politik global. Tetapi dalam banyak perkara, Amerika Syarikat lebih telus dan peradabannya lebih tinggi dari kita. Kita tidak menyalahkan pentadbiran negara atas kelemahan-kelemahan kita kerana dalam sejarah, ketamadunan Amerika adalah lebih jauh berbanding Malaysia yang belum pun berusia 70 tahun.

Hishammuddin bercadang bertemu dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk mengetahui apa punca tuduhan dan dakwaan sehinggakan Malaysia disenaraikan antara negara-negara yang menyeludup manusia.

Rasanya tak perlulah kita berkunjung ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk jawapannya. Tidak mungkin kita lupa akan kesengsaraan Siti Hajar dan Nirmala Bonat. Wajah mereka ini sudah cukup memberi jawapan kenapa Amerika Syarikat mempunyai tanggapan negatif terhadap Malaysia.
SITI HAJAR
NIRMALA BONAT

Apakah tuduhan Amerika kepada Malaysia? Berikut ialah antara kandungan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika.
1) Some migrant workers are victimized by their employers, employment agents, or traffickers who supply migrant laborers and victims of sex trafficking. Some victims suffer conditions including physical and sexual abuse, forced drug use, debt bondage, non-payment of wages, threats, confinement, and withholding of travel documents to restrict their freedom of movement.
2) Some female migrants from Indonesia, Thailand, the Philippines, Cambodia, Vietnam, Burma,
Mongolia, and the PRC are forced into prostitution after being lured to Malaysia with promises of legitimate employment.
3) Individual employment agents, which are sometimes used as fronts for human trafficking, sold women and girls into brothels, karaoke bars, or passed them to sex traffickers.
4) There were a number of credible reports of Malaysian immigration authorities’ involvement in the trafficking of Burmese refugees from immigration detention centers to the Thai-Malaysian border. Several credible sources reported that immigration officials sold refugees for
approximately $200 per person to traffickers operating along Thailand’s southern border.
5) The Government of Malaysia does not fully comply with the minimum standards for the elimination of trafficking and is not making significant efforts to do so, despite some progress in enforcing the country’s new anti trafficking law.
Laporan lengkap Jabatan Negara Amerika mengenai Malaysia: http://www.state.gov/documents/organization/123363.pdf
Persoalannya adakah dakwaan-dakwaan ini palsu? Ada baiknya Hishammuddin teliti betul-betul laporan ini dan pastikan adakah segala dakwaan yang dibuat hanyalah rekaan semata-mata.

3 comments:

  1. Salam Tuan,
    Dalam banyak2 isu, saya paling heran dengan isu pendatang, kenapa tidak ada sorang pun ahli politik tampil menjadi hero, memperjuangkan isu yang jelas menjadi rungutan rakyat selama ini.
    Isu yang memberi impak terus kepada kadar pengangguran negara, peningkatan kes2 jenayah rompak, samun dan ragut. Isu yang jelas memberi impak negatif kepada masalah sosial negara tapi dari pihak pemimpin.... sunyi sepi.

    ReplyDelete
  2. Memang kita terlalu sensitif, tidak boleh ditegur. Lebih-lebih lagi bila dah jadi pemimpin. Siapa saja yang berani menegur akan dicantas semaunya. Sebab itu pemimpin sentiasa dikelilingi pembodek dan pengampu yang sentiasa mengatakan betul kepada mereka. Sebab itulah juga sebahagian mereka masih gagal memahami keluh kesah rakyat, masih sukar memenangi hati rakyat.

    Kepada Pemimpin, ingatlah, yang mengatakan betul terhadapmu terlalu ramai dan sentiasa ingin duduk berdekatan dengan mu. Mendapat segala kemudahan dalam kehidupan mereka. Berlagak lebih YB dari YB. Berwatak lebih menteri dari menteri.

    Yang mengatakan yang betul kepada mu terlalu sedikit bahkan terlalu jauh dari mu. Merekalah yang lebih merasai perit getir kehidupan. Merekalah yang lebih menguasai kesakitan dari kesenangan.

    ReplyDelete
  3. HAHAHHA SENANG JER... MINTA MAAF PADA AMERIKA, HABIS CERITA.. kan kita insan mulia(penakut), salah sape2 tak penting janji minta maaf..

    ReplyDelete