Tun Dr Mahathir Mohamad semalam meluahkan kekecewaan beliau terhadap pemimpin Umno hari ini. Berikut ialah antara kenyataan yang Tun buat di Ipoh semalam.
"Saya rasa cukup sedih apabila kita bercakap tentang jambatan baru ke Singapura, ramai yang menganggap ia tidak penting malah ada juga yang tidak tahu."
"Bagi mereka apa yang penting siapa nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian atau nak jadi calon. Sebab itu kuasa Melayu terhakis. Kalau terus demikian, maka masa depan Melayu sangat gelap sekali."
"Bagaimanapun masa telah berubah apabila ada pemimpin yang mahu jadi YB kerana hendak menjadi Perdana Menteri, menteri dan siapa yang tak dapat tempat akan mendapat kontrak."
"Niat untuk perjuangan sudah tidak ada tetapi lebih kepada elaun YB dan kedudukan. Makin lama makin merosot minat perjuangan UMNO di kalangan pemimpin."
"Bila utamakan kepentingan diri maka rakyat mula tolak UMNO dan buktinya pada 2008 kita kalah teruk. Orang Melayu yang kecewa pilih parti lawan bukan sebab sayangkan parti lawan tetapi mesej kepada pemimpin."
"Saya percaya masa depan orang Melayu gelap dan pilihan raya akan datang kita akan kalah jika mereka masih sanggup menjual diri kepada orang lain atau meneruskan sikap tamak."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Sebenarnya tiada apa yang memeranjatkan dengan kenyataan Tun Dr Mahathir ini. Masalah dalam Umno bermula dari atas. Pemimpin atasanlah yang membenarkan budaya mengejar projek dan kedudukan ini.
Persoalannya sanggupkah pemimpin atasan Umno bermula dari presidennya menghentikan budaya ini? Kita tidak yakin.
Tersebar luas khabar angin ketika ini ketua-ketua bahagian di Kedah dikatakan menerima elaun khas dari kepimpinan Umno. Seperti kata Tun, mulai hari ini akan ada ketua-ketua bahagian di Kedah berjuang bertungkus lumus bukan untuk mempertahankan parti tetapi mempertahankan elaun mereka.
Yang tidak menerima elaun akan berkecil hati. Maka tinggallah ketua bahagian berseorangan yang buat kerja kerana budaya "hang dapat duit, hang buat lah".
Seperti kata Tun Dr Mahathir, masa depan Umno gelap dan dalam pilihanraya akan datang Umno akan kalah.
Kita yakin kebimbangan Tun akan menjadi kenyataan kerana sehingga hari ini tidak tanda pemimpin Umno insaf and menyedari hakikat ini. - 90k
Bukan sahaja UMNO kalah tetapi keseluruhan Melayu akan kena pukul teruk di PRU13 nanti walaupun majoriti melayu melebihi 60% di Malaysia.
ReplyDeleteChina dan India akan menguasai melayu yang berpecah sesama sendiri (50% umno 40% pas 10% pkr)
Kata2 TUN MAHATHIR: "Bagi mereka apa yang penting siapa nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian atau nak jadi calon. Sebab itu kuasa Melayu terhakis. Kalau terus demikian, maka masa depan Melayu sangat gelap sekali."
ReplyDeleteApa yang diungkapkan oleh Tun diatas memang benar berlaku di Bahagian Pokok Sena, Kedah dalam PRU12 yang lalu. Calon BN dikalahkan oleh orang UMNO sendiri untuk memastikan tiada siapa yang dapat melawan jawatan Ketua Bahagian. Matlamat peribadi diutamakan lebih dari parti.
Walau pun laporan dan bukti telah dikemukakan papa Lembaga Disiplin dan dijatuhkan hukuman tapi dia dilepaskan kerana Jawatankuasa Rayuan tidak turun padang untuk berjumpa dengan pemimpin bawahan untuk menyiasat apa yang berlaku dalam Bahagian.
UMNO Pokok Sena boleh tutup buku kerana Pengkhianat parti saperti yang terdapat didalm laporan "Sabotaj Parti' telah kembali menerajui parti yang dia sendiri telah musnahkan.Morally dia memang bersalah dan tak layak menjadi pemimpin.Sepatutnya dia dirihatkan dihantar ke BTN.
Kalau BN kalah lagi di Pokok Sena maka ahli-ahli boleh salahkan Jawatankuasa Rayuan yang melepaskannya.Walau pun rayuan 5 kali ditolak tapi rayuan yang ke 6 dia dilepaskan.
UMNO sudah tidak relevan di Bahagian Pokok Sena Kedah.Aktibiti parti bertambah malap. G7 yang tidak dapat masuk dewan persidangan UMNO sebab bankrap pun masih memegang jawatan penting dalam Bahagian.
Kalau pemimpin atasan masih tunggu dan tengok harapan unruk mengambil balik Kedah amat gelap.
salam tuan,saya setuju dengan pendapat tuan,sehingga kini masih ramai pemimpin yang berlumba-lumba mengejar pangkat dan habuan sedangkan rakyat dan ahli-ahli umno terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya...keluarga,kroni dan rakan karib diutamakan...bagaimana dengan rakyat marhaen yang akan mengundi calon-calon UMNO/BN pada PRU13 nanti?...apakah mereka ini tidak diberikan perhatian oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian?...
ReplyDelete