Sunday, April 12, 2009

SENJATA MAKAN TUAN, KHAIRY?

Salah satu peninggalan yang menjadi kebanggaan Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara yang menyanjung tinggi penubuhan ini ialah menantu Tun Abdullah sendiri, Khairy Jamaluddin, yang kini Ketua Pemuda Umno Malaysia and Ahli Parlimen Rembau.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM pada Disember 2008, Khairy berkata: "Rang Undang-Undang ini adalah Rang Undang-Undang bersejarah dalam usaha kerajaan menghapuskan rasuah."

Tambah Khairy lagi: "Ianya lebih baik dari ICAC Hong Kong kerana SPRM mempunyai kuasa eksekutif berbanding ICAC".
http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/anti_corruption_bill_gets_support_from_all_sides.html

Kenyataan ini dibuat Khairy ketika bapa mertuanya masih lagi Perdana Menteri dan mempunyai kuasa eksekutif. Tetapi kini bapa mertuanya sudah bersara.

Malam tadi, Malaysiakini menyiarkan sebuah berita menarik. Antara kandungannya:

"Berikutan penahanan tersebut, difahamkan SPRM turut meneliti kes ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin berhubung politik wang.

"Japlin dikenali sebagai penyokong kuat Khairy.

"Pada 17 Mac, Khairy didapati bersalah oleh lembaga tersebut selepas ejennya terbabit dalam politik wang, tetapi hanya diberi amaran kerana tidak cukup bukti.Beliau juga dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, yang dimenanginya selepas menewaskan dua lagi calon - bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir." Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/102165

Laporan Malaysiakini ini adalah berkaitan dengan penahanan Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Japlin ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, yang juga dibebaskan dengan ikat jamin hari ini. Japlin dikenakan ikatjamin RM100,000 manakala Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Kedua-duanya dibebaskan dari balai polis Karamusing pada kira-kira jam 6.15 petang.

Ikat jamin RM100,000 dan RM300,000 adalah satu jumlah yang cukup besar dan menggambarkan bahawa tuduhan yang dikenakan keatas Japlin dan Jury cukup serius.

Yang pasti, hari-hari mendatang cukup menarik. Apakah akan ada kejutan besar dalam beberapa hari ini? Apakah SPRM akan menggunakan kuasa eksekutifnya yang menjadi kebanggaan Khairy dan bapa mertuanya?

No comments:

Post a Comment