Tuesday, April 14, 2009

RAMPASAN KUASA DI TERENGGANU?

"baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?"
http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=403955&cat=et

Inilah sms yang menyebabkan 10 Adun Terengganu -Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera) - mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sidang Dewan Undang Negeri hari ini kerana mereka "sayangkan nyawa'.

Maka hari ini ke 10 mereka ini termasuk Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, menjadi bahan berita utama.

Stesen-stesen TV menyiarkan visual mereka "melepak" di sebuah bilik di sebuah hotel di Kuala Terengganu kerana mereka "sayangkan nyawa" mereka.

Terengganu tidak lagi selamat. Itulah yang hendak disampaikan oleh ke sepuluh Adun ini termasuk bekas Menteri Besarnya. Ia juga bermaksud bahawa hari ini di bawah pentadbiran Ahmad Said, nyawa ke sepuluh Adun ini tidak selamat.

Rasanya, tak payahlah Adun-Adun ini mengunakan sms ancaman ini sebagai alasan untuk tidak menghadiri sidang Dewan.

Berterus-terang sahajalah bahawa tindakan mereka ini bertujuan untuk menggulingkan Menteri Besar Umno dan Ketua Perhubungan Umno.

Ahmad Said kena belajar dan mempunyai semangat juang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun menang dengan hanya 43 undi ketika ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Umno 1987.

Bagi Tun Dr Mahathir, satu undi pun beliau tetap menang. Sekiranya Ahmad Said mempunyai semangat juang ini, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.

Sekiranya tidak, era Ahmad Said akan berakhir paling lama hujung bulan ini.

*** Pemimpin pembangkang tersenyum lebar melihat tingkah laku pemimpin Umno.

2 comments:

  1. UMNO yang BARAH sudah bertambah PARAH. Inilah tanda2 saat kematian UMNO sudah hampir tiba.

    Ribut yang melanda UMNO pada PRU12 masih bergelora. Ditambah pula dengan taufan PAU yang baru lepas.

    Nah, sekarang kesan nya sudah nampak nyata didua buah negeri - Perlis dan Terengganu, tidak mustahil banyah lagi negeri2 yang akan bergelora lagi.

    ReplyDelete