Kita semua tahu Rosol Wahid adalah orang kuat Idris Jusoh dan pernah berkhidmat sebagai Exco di bawah pentadbiran Idris semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.
Kita juga tahu bahawa Rosol adalah antara Adun yang menentang perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar apabila Sultan Terengganu mahukan Ahmad menerajui Terengganu.
Oleh itu, sekiranya Rosol terus mengkritik pentadbiran Ahmad, ianya bukan perkara luarbiasa. Ianya luarbiasa sekiranya Rosol tiba-tiba menjadi penyokong kuat Ahmad Said.
Hari ini di dalam akhbar The Star, Ahmad sekali lagi dijadikan bahan kritikan oleh Rosol. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/21/nation/3736902&sec=nation
Antaranya Ahmad melantik dreber ambulans menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu dan dua bekas guru sekolah rendah menjadi pengarah di sebuah hospital dan anak syarikat kerajaan terengganu.
Menurut Ahmad, perlantikan ini menimbulkan kemarahan Adun-Adun Terengganu. Rosol menganggap tindakan ini adalah bertujuan untuk meng"kijal"kan pentadbiran negeri (jawatan diberikan kepada penyokong-penyokong Ahmad dari kawasannya Kijal) dan mereka ini tidak layak menjadi ahli lembaga pengarah.
Ada dua isu di sini. Satu samada mereka ini layak menjadi pengarah dan kedua perasaan kebencian Rosol kepada Ahmad Said kerana kesetiaan beliau kepada Idris.
Isu samada mereka ini layak atau tidak perlu diperjelaskan oleh Ahmad. Sekiranya dreber ambulans dan bekas guru ini tidak layak, maka Ahmad perlu memperbetulkan keadaan.
Masalahnya dengan orang politik dan Umno, hanya mereka yang layak menjadi Adun, mereka saja yang patut dilantik pengarah dan mereka sajalah yang harus dilantik pengerusi syarikat. Orang lain tak layak. Kalau bukan mereka, maka timbul lah isu sepertimana di Terengganu bila Rosol mempertikaikan bekas guru dan dreber ambulans dilantik Pengarah.
Ada sesetengah Wakil Rakyat, dah lebih empat lima penggal atau hampir 20 tahun menjadi Ahli Parlimen dan Adun kerana bagi mereka, hanya mereka saja di kalangan 26 juta rakyat Malaysia yang layak di pilih sebagai Ahli Parlimen atau Adun. Ada yang menjadi Menteri di bawah empat Perdana Menteri kerana menganggap hanya mereka yang terbijak di kalangan 26 juta rakyat.
Bila tak terpilih, mereka sabotaj parti seperti mana yang berlaku di pilihanraya-pilihanraya kecil selepas Mac 8, 2008.
Inilah penyakit dalam Umno.
Ya begitu lah dunia ni... Orang lain semua X betul belaka, yang betul diri sendiri jer.. Saya menyong penoh artikel ini telus dan berterus terang..
ReplyDeleteMreka dah tak sedar rakyat dah tak sokong mereka pun, asyik berebut-rebut jawatan bukannya nak perbetulkan ketidak sempurnaan khidmat pada rakyat... dunia, dunia.. Insaflah bangsa melayu.. Cukup lah kita semua dicemoh sebagai bangsa yg tak bekerjasama melihat bangsa sendiri maju..