Friday, March 6, 2009

SIAPA PEMBANTU MENTERI YANG KENA TAHAN?

SIAPA gerangannya? Berikut ialah laporan mStar hari ini.

Jumaat Mac 6, 2009
Politik wang: Pembantu kanan Menteri disiasat SPRM


PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said mengesahkan terdapat seorang pegawai kanan menteri persekutuan ditahan oleh suruhanjaya itu berhubung dakwaan terlibat dengan rasuah.

"Saya mendapat tahu ada seorang pembantu menteri ditahan, tapi saya tidak tahu perkara itu dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Difahamkan pegawai kanan itu ditahan lewat malam Rabu lalu berhubung dakwaan politik wang melibatkan lebih RM70,000. Bagaimanapun, MACC telas membebaskan pegawai itu semalam.

Difahamkan lelaki tersebut ditahan lewat malam Rabu lalu dan dibebaskan beberapa jam kemudian selepas SPRM merekodkan kenyataan daripadanya.

Sementara itu, ibu pejabat Umno yang cuba dihubungi mStar Online tidak dapat mengesahkan berita tersebut. Sumber pejabat menteri berkenaan juga tidak dapat dihubungi untuk pengesahan.

Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penahanan pegawai tersebut ada kaitan dengan kempen pemilihan Umno. Pemilihan Umno akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

Isu politik wang hangat diperkatakan apabila SPRM mendedahkan sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima SPRM ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Setakat ini, beberapa ahli Umno sudah pun didakwa dengan kes terbaru membabitkan tiga ahli Umno yang dihadapkan di mahkamah berasingan, bulan lalu.

Ini termasuk Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang perwakilan supaya mengundinya dan dua pemimpin lain bagi tiga jawatan tertinggi bahagian itu, Oktober lalu.


Blogger Jeff Ooi, yang juga seorang Ahli Parlimen, meminta Azalina dan bapak-bapak Menteri memberi reaksi kepada kes ini. http://www.jeffooi.com/

No comments:

Post a Comment