Tuesday, March 3, 2009

PAK LAH BUKAN ITIK TEMPANG!

SIAPA kata Perdana Menteri kita, Pak Lah, kini seorang Perdana Menteri itik tempang (lame duck Prime Minister)?

Perdana Menteri tetap Perdana Menteri.
Kuasa Pak Lah walaupun hanya tinggal 26 hari saja lagi tetap kuasa seorang Perdana Menteri.

Pak Lah masih Perdana Menteri dan masih memegang kuasa Perdana Menteri.

Walaupun tinggal 3 minggu lebih saja lagi sebelum mengundurkan diri, Pak Lah masih berkesempatan melantik seorang lagi penasihat beliau.

Kali ini habuan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Abdullah Md Zin, menjadi Penasihat beliau.

Dua hari lepas Pak Lah mengumumkan Abdullah sebagai penasihat agama kepada beliau berkuatkuasa Isnin lalu.

Begitulah hebatnya kuasa yang ada pada seseorang Perdana Menteri. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=393347

2 comments:

  1. Imampun masih perlukan penasihat? Penasihatkah punahsihat?

    ReplyDelete
  2. nok ajor dia...camne nak taubat. haramjadah tu dah banyok buak doso kat sloroh rakyat. dio kang dah curi banyok duit rakyat. pencuri,penipu,malas,gatal,pengkhianat. somo2 tu dia lah, PokLohBodowi. bengong wei..

    ReplyDelete