Friday, March 20, 2009

MUHYIDDIN PASTI DIHUKUM!

“Wallahi, saya tidak buat kerja itu semua." - Muhyiddin Yassin (Mac 18, 2008)

Bagi penganalisis politik, sumpah seumpama ini dari seorang calon Timbalan Presiden sudah cukup menggambarkan bahawa Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan terdesak.

Muhyiddin pasti tahu sentimen di akar umbi selepas Ali Rustam diharamkan bertanding jawatan nombor dua parti kerana terlibat dengan rasuah politik wang.

Kenapa Muhyiddin sanggup bersumpah? Beliau sanggup bersumpah kerana Muhyiddin menyedari peluang beliau untuk kalah amat besar minggu depan kerana beliau kini didakwa oleh para penyokong Ali sebagai punca Ketua Menteri Melaka itu digantung dari bertanding.

Sebenarnya, kalau Ali tidak digantung sekali pun dari bertanding, Muhyiddin dikatakan tetap akan kalah dalam pemilihan nanti.

Kini, apa yang berlaku kepada Ali akan lebih menyukarkan peluang Muhyiddin untuk menang. Penyokong Ali dikatakan akan "menghukum" Muhyiddin dengan memberi sokongan padu kepada Mat Taib untuk jawatan Timbalan Presiden dan mungkin atas sebab itu lah Muhyiddin sanggup melafazkan ungkapan "Wallahi".

Sumpah Muhyiddin adalah berikutan sms yang disebarkan oleh orang tertentu yang berbunyi: "xxxxx xxxxx beri wang rm200 x 400 orng = rm80,000 pd perwakilan jerantut melalui adik menteri; XXXX bantu sykt anak xx xxxxxxxxxx yg hampir bankrup. ini semua bukan rasuah? kita desak (1) semua ahli lembaga disiplin mesti letak jawatan (2) XXXX disiasat berapa AP Miti keluarkan sejak bulan april 2008 lalu. (3) semua calon yang lain juga disiasat. jika tak, Umno akn kalah dlm PRU 13 nanti kerana tak puas hati dgn cara Umno".

Kalau sentimen akar umbi Umno menjadi kenyataan minggu hadapan. Maka Mat Taib akan dipilih oleh 2,500 lebih perwakilan Umno menjadi Timbalan Perdana Menteri yang akan memimpin negara dan 26 juta rakyat Malaysia.

Semuga Allah menyelamatkan kita.

4 comments:

  1. Jika Mat Taib berjaya menjadi Naib Presiden UMNO, tak payahlah kami undi UMNO lagi. Jika perwakilan menganggap mereka sahaja yang berhak menentukan masa depan UMNO, tak menagapa; itu memang hak mereka. Tetapi jika mereka menganggap mereka sahajalah yang berkuasa menentukan masa depan orang Melayu, sorrylah.

    Penyokong Ali Rustam boleh marah, merajuk dan memberi sokongan mereka kepada Mat Taib. Tetapi mereka harus ingat bahawa walau pun UMNO dikatakan mempunyai 3 juta ahli, lebih banyak juta lagi orang Melayu dan rakyat negara ini yang boleh menilai siapa yang baik dan siapa yang tidak untuk masa depan negara, akan menghukumnya. Fikir dan timbanglah baik baik.

    Sebagai peringatan, umum tahu Mat Taib dah tamat tempoh sahlakunya.

    Kalau nak bunuh diri, bunuhlah.

    AYAH

    ReplyDelete
  2. aku rasa tidak, sebab mat taib juga tidak bersih sangat. kesemua staff KEMAS mungkin mengundi dia sebab dia dah renjis banyak, rasanya selain ali rustam, mat taib lah pemimpin yang kuat me-renjis. Jika mat taib jadi presiden, habis!!!! INgat di Ostolia dulu?

    ReplyDelete
  3. ALI X BOLEH CKP ORG PUTIH MCM MANA NK JD PEMIMPIN MALAYSIA

    ReplyDelete
  4. Dato Panglima Tun Ali dihukum bunuh.

    Sejarah berulang kembali. Dalam merebut dan mengejar pangkat dan kuasa, macam-macam cara dan muslihat digunakan. Tetapi yang amat kita kesalkan bila cara yang kotor digunakan dalam perlumbaan merebut kuasa ini.
    Kerana dengki dan iri dengan kuasa dan pangkat yang dianugerah Raja kepada Mamak Bendahara Tun Mutahir (Bukan Tun Mahathir), maka musuh-musuh politiknya telah merencana untuk menjatuhkan beliau.
    Pesaing-pesaing yang mengidam kuasa dan pangkat Bendahara ini telah menjalankan hasutan dan tomah. Akhirnya termakanlah Raja akan hasutan mereka itu, hingga Mamak Bendara dicop sebagai penderhaka.
    Mamak Bendahara Tun Mutahir telah disingkirkan dengan cara yang amat menyedihkan. Bukan setakat itu saja, Dato Panglima Tun Ali, orang yang rapat dengan Tun Mutahir pun turut disingkirkan.

    ReplyDelete