ISMAIL SAFIAN. Inilah calon Barisan Nasional dari Umno yang akan cuba merampas semula kawasan Parlimen Bukit Gantang dari Pas dan Pakatan Rakyat April nanti.
Pemilihan Ismail adalah satu langkah yang cukup berani oleh kepimpinan Umno. Ismail merupakan bekas Ketua Penerangan dan bekas Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang.
Ismail tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian Bukit Gantang November lalu dengan 30 undi kepada Ketua Bahagian sekarang. http://www.mmail.com.my/Split_over_personalities.aspx
Inilah saatnya untuk kita menyaksikan samada Umno sudah berubah atau masa ditakuk lama - menghadapi masalah memastikan calonnya menang.
Musuh utama Umno di Bukit Gantang pastinya bukan Pas, PKR atau DAP. Musuhnya ialah masalah dalaman. Apakah Ismail akan mendapat sokongan dari penyokong-penyokong Ketua Bahagian Rosli Husin dan Timbalan Ketua Bahagian Kamarulail Sulaiman yang juga antara yang tersenarai sebagai bakal calon? http://www.malaysiakini.com/news/98815
Atau masalah yang sama yang menghantui Umno Kuala Terengganu kini merebak ke Bukit Gantang? Semasa pilihanraya Kuala Terengganu, ramai di kalangan penyokong Umno kecewa dengan pemilihan Wan Ahmad Farid dan akibatnya, Umno tewas kali kedua dalam pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum Mac 8, 2008.
Latarbelakang Ismail Safian: http://memobelakang.blogspot.com/2009/02/ismail-calon-favourite-di-bukit-gantang.html
INI ADALAH PILIHAN ORANG BUKIT GANTANG BUKAN PILIHAN SLEEPING MAN...
ReplyDeleteIsmail Saffian calon terbaik bagi PRK Bukit Gantang. Pengalaman luas beliau sebelum ini sebagai pegawai kerajaan melayakkan beliau utk memberikan khidmat terbaik di Bukit Gantang kelak dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin mereka. Moga beliau dipilih oleh seluruh rakyat Bukit Gantang. Insya-Allah.
ReplyDelete