"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were attended to. That is my personal experience, I am telling this to all the clerks and all the registries to stop this nonsense."
http://www.malaysiakini.com/news/98564
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18675-karpal-plays-zaki-bribery-tape-calls-for-resignation
"Saya terpaksa menunjukkan sikap mesra selama enam bulan, "membayar" setiap orang untuk memastikan saya disukai mereka dan barulah fail-fail kami diproses. Ini pengalaman saya sendiri dan saya memberitahu kesemua kerani dan pendaftar menghentikan perkara karut ini."
Kata-kata ini didakwa dilafazkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang didakwa oleh Karpal Singh telah mengaku memberi rasuah.
Karpal hari ini mendedahkan perkara ini dengan memainkan pita rakaman yang didakwanya mengandungi kenyataan Zaki di lobi Parlimen hari ini.
Ini satu tuduhan yang amat serius. Dakwaan ke atas Ketua Hakim Negara. Ini bukan isu kita pro-pembangkang atau anti-kerajaan.
Ini isu moral, sama seperti isu Elizabeth Wong. Tidak kiralah tuduhan ini dari pembangkang atau pihak kerajaan.
Sudah sampai masanya kerajaan menunjukkan bahawa kita serius dalam menangani isu-isu yang melibatkan moral pemimpin dan anggota kanan kerajaan sekiranya kerajaan, BN dan Umno mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.
Zaman ini bukan zaman 1980an di mana kita tidak mempedulikan apa pandangan rakyat terhadap kita. Rakyat mahukan keadilan. Keyakinan rakyat akan kembali kepada BN, Umno dan kerajaan sekiranya kita berhenti bersikap pilih bulu.
Aku gerenti kerajaan tak buat apa2.
ReplyDeletesebagai seorang peguam,kadang kala kita kena memberi 'upah' utk mnyelesaikan sesuatu urusan.cthnya dgn kerani mah.kalau x diberi upah, kerja akan jd lmbt, faìl akan hilang dll.begitu juga dgn urusan di pejabat tanah.cuba tanya semua peguam,tmsk karpal.dan cuba tgk kereta yg dpakai oleh kerani2 di mah. dan pejabat tanah.ìnilah hakikat dan realiti sbgai peguam di mlysia.
ReplyDeleteBetul tu... bukan sahaja kes Ketua Hakim Negara, banyak lagi kes lain yang perlu didedahkan.
ReplyDeleteApabila geng PKR terpalit isu, jom kita alihkan ramai ramai ke kes dan isu lain, buka video dan fail lama..libatkan individu, kerajaan atau BN.
Sambil sambil tu sesekali semak akaun bank, dari Amerika atau dari Israel dah bank ini ke belum ke akaun kita.. bukan ape, hari tu ada buat keje sikit, suruh orang taubat sana, taubat sini...sekarang dah diam.
Eh, saya cakap betul ni, awak jangan main main dengan saya.
bab 'bagi upah' ini, aku rasa jabatan kerajaan yang lain pun buat. nak bid tender pun bagi upah, nak dapat tender pun bagi upah pada panel pemilih. isu 'bagi upah' ni di malaysia dah biasa.sebab dah jadi kebiasaan, semua nak upah. tak payah cakap atau minta. kalau ada je alasan diberi, maknanya nak upah lah tu, baru kerja jalan.
ReplyDelete