Saturday, February 21, 2009

PENJARA MENANTI KHALID IBRAHIM!

* SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut.

* Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

* Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.

* Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Ini adalah kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Said Hamdan di Pulau Pinang hasil siasatan suruhanjaya terhadap tuduhan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasa. http://www.malaysiakini.com/news/96956

Pastinya Ahmad Said tidak akan membuat kenyataan seumpama ini tanpa bukti yang kukuh.

Maka kita bakal melihat satu lagi sejarah di mana seorang Menteri Besar dipenjarakan. Sekiranya terbukti Khalid melakukan salahguna kuasa, maka karier politiknya akan berakhir di penjara.

Siapa kata politik Malaysia membosankan!

4 comments:

  1. POLITIK MALAYSIA MEMANG MEMBOSANKAN....especially when we have predictable cronies like you...who are willing to parrot and gawked whatever the corrupted paymasters says.

    Politik rasuah Umno akan hancur membakar diri sendiri...self destruct.

    we wait and see.

    ReplyDelete
  2. Ketua SPRM merasakan diri nya hebat tetapi dia lupa bahawa ada yang lebih hebat dari dia. Jangan melakukan penginayaan dan ingat lah kamu juga punya keturunan.
    Kita tunggu dan lihat ba.......

    ReplyDelete
  3. Betulkah prosidur Ketua SPRM tu buat kenyataan mengatakan ada kes pendakwaan pada TS Khalid. Lepas tu dikata terserah pada peguam negara.. Apa ni tuan, biasanya sprm siasat jer and the rest tu serah pada peguam negara, tak payah komen2.... Itulah orang marah sangat,, nampak cam ada yang tak kena... Rasanya kes besar2 tak jadi cammni nanti orang kato pileh kasih lakk... dunia.. dunia

    ReplyDelete
  4. Secara moralnya, Khalid melakukan kesilapan dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Rasuah walaupun dia berniat baik dan tidak kemaruk wang - itulah kenyataannya, kenapa begitu susah dan berbelit dan putar alam untuk memahaminya.

    Mengikut Akta SPRM, kes tidak perlu dirujuk kepada Peguam Negara kerana SPRM boleh terus membuat dakwaan kerana seorang Pegawai Pendakwa Kanan ada di tempatkan di situ, tetapi oleh kerana ingin mengelak kesilapan dan melibatkan seorang Menteri Besar dan isu sensitif, ia dirujuk kepada Peguam Negara untuk kepastian.

    Begitu mudah untuk difahami kecuali untuk kaki kaki putar.

    ReplyDelete