Apa tidaknya, kenyataan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Ahmad Said Hamdan semalam berkaitan kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, lebih kepada mensabotaj dan meletakkan kerajaan dalam keadaan cukup sukar.
Memang benar kata Kit Siang, tidak pernah dalam sejarah BPR (Suruhanjaya) membuat kenyataan mengenai sesuatu kes apatah lagi mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan dimuka hadapan Utusan Malaysia semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Setahu kita, Suruhanjaya hanya perlu menyerahkan hasil siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara dan jabatan tersebut yang seharusnya menentukan samada ada kes atau tidak terhadap Khalid Ibrahim. Kalau Ahmad Said boleh membuat kenyataan sedemikian, maka agensi lain seperti Polis juga boleh membuat kenyataan bahawa hasil dari siasatan mereka, contohnya kes bunuh, "sianu dicadangkan didakwa kerana terdapat bukti dia telah membunuh mangsa".
Tindakan Ahmad Said mengeluarkan kenyataan semalam samalah seperti perbuatan bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan dan musibahnya dibiarkan ditanggung oleh ahli politik, Umno dan Barisan Nasional.
Apakah tujuan Ahmad Said membuat kenyataan sedemikian? Adakah Ahmad Said terlalu gilakan publisiti dan bangga melihat gambar beliau di dada akhbar saban hari?
Apakah negara kita tiada pemimpin sehingga seorang pegawai seperti Ahmad Said membuat kenyataan sesuka hati tanpa mengambil kira implikasi dan risikonya kepada kerajaan?
Seperti kata Kit Siang, tindakan perlu diambil terhadap Ahmad Said.
Ketua Pesuruhjaya itu harus disingkirkan demi nama baik Suruhanjaya.
ala..orang yang kena cucuk idung memang la bertindak macam tu..tapi, memang berat sebelah...sudah2la UMNO wei..aku bukan pakatan..aku bukan UMNO..tapi lebih berat pada UMNO..tapi skang tidak lagi...UMNO-go to HELL with PAK LAH (POK LOH BEDEWI)
ReplyDeletebukan ke SPRM ditubuhkan menggantikan BPR bagi memperoleh autonomi utk melaksanakan pendakwaan?
ReplyDeleteTapi jika kenyataan SPRM memihak kepada Fuckatan macamana? Tenti korang puji SPRM kan? kan? kan?
ReplyDeletekorang masih pakai nerca lama? ; untung orang HARAM, untung kita HALAL. Nampak macam HRAMJADAH JE!
Apa daa...BPR..itu dulu, sekarang SPRM mempunyai kuasa autonomi sendiri tanpa perlu merujuk Peguam Negara. Pengerusinya dengan dibantu Pegawai Pendakwaraya Kanan yang ditempatkan di SPRM boleh membuat keputusan.
ReplyDeletePengerusi mengeluarkan kenyataan merujuk juga kepda Peguam Negara atas dasar budibicara.
Apa yang nak ditakutkan kalau tak salah - dalam politik, kecaman macam tu pun dah lembek, balik kamgpong tanam ubi le..
semakin hari semakin banyak kesilapan sebelah umno/kerajaan bn. lebih pelik lagi, tidak nampak seorang pun pemimpim umno yang ingin membuat perubahan. semua nya nyanyi lagu lama juga..al fatihah.
ReplyDeleteAbang,
ReplyDeleteDato' Ahmad Said kan dah beritau, ikut akta SPRM yang baru, SPRM boleh dakwa seseorang tanpa merujuk kepada Peguam Negara. Jadi mengikut sisatan dan bukti yang ada, SPRM boleh mendakwa MB Selangor tu. Tapi kerana yang akan didakwa tu VIP, dan untuk mengelakkan di fitnah sebagai tidak adil, beliau pun serahkan pada peguam negara untuk mengesahkan pendakwaan yang akan dilakukan. Pendakwaan akan dilakukan oleh SPRM setelah mendapat pengesahan dari Peguam Negara. So itu la ceritanya. Tak elok kita bersangka buruk, beliau menjalankan tugasnya. Berkenaan nawaitunya, itu adalah antara dirinya dengan Allah.
mattau
alahai, senang cakap apa BN, UMNO buat semuanya salah.
ReplyDeletedah memang kerja pembangkang cari salah kerajaan yang memerintah.
takkanlah Jelapang tak tahu mainan politik...