Tuesday, January 6, 2009

SIME DARBY TAK JADI RAMPAS IJN!

AKHIRNYA perjuangan rakyat berjaya. Hari ini rakyat berjaya mengekalkan Institut Jantung Negara dari menjadi mangsa kerakusan Sime Darby dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Sebentar tadi, Sime Darby mengumumkan ia tidak akan meneruskan rancangannya mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuiti dalam IJN Holdings Sdn Bhd yang mengendalikan IJN.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/6/mstar_mutakhir/20090106184910&sec=mstar_mutakhir

Tahniah kepada rakyat. Ketika keputusan untuk membenarkan Sime Darby mengambil alih IJN, perasaan dan kepentingan rakyat tidak langsung diambil kira.

Seperti juga dengan pengswastaan lain, rakyat ditabur dengan janji-janji yang kerapkali tidak ditunaikan. SJMC yang kini milik Sime Darby hanya mementingkan keuntungan dan tidak pernah menyumbang bakti kepada golongan marhaen seperti kita.

Kepada pengurusan Sime Darby, imej syarikat yang dahuluinya disanjung masyarakat kini punah dek kerakusannya dalam mengaut keuntungan.

Keputusannya untuk membatalkan hasratnya untuk mengambil alih IJN tidak akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada syarikat tersebut.

Kepada kerajaan, dahulukanlah kepentingan rakyat dari kepentingan syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby dan mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dan jangan sekali-kali menganggap masyarakat hari ini bodoh.

3 comments:

  1. KAN BAGUS MACAM NI. IJN TU KIRA HAK RAKYAT. KALAU DAH SWASTA NANTI MASAKLAH NAK MEMBAYAR KOS RAWATANYA. APA YANG PERLU KERAJAAN PERLU MEMBERI BANTUAN KEPADA IJN SUPAYA DAPAT MEMBERIKAN RAWATAN YANG CEPAT DAN MURAH KEPADA RAKYAT.
    RAKYAT BERKUASA.

    JAWATAN KOSONG GAJI RM2500 SEBULAN
    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/undilah-pas-bagi-menjamin-masa-depan.html

    ReplyDelete
  2. DI MASA HADAPAN NAMA UNTUK IJN SUDAH DIKENAL PASTI
    *INSTITUT JANTUNG TUN MAHATHIR*
    PENGHARGAAN UNTUK LEGENDA MELAYU

    ReplyDelete
  3. Adakah kerakusan Simedarby dan org yg berkepentingan sama spt Israel laknutullah di Gaza????????ALHAMDULILLAH IJN selamat...

    ReplyDelete