Thursday, January 8, 2009

SIAPA YANG TAK RELEVAN? MAHATHIR ATAU PAK LAH?

"Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak penting (relevan) untuk kita."

Itulah kata-kata Abdullah Ahmad Badawi kepada Dr Mahathir, orang yang menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau pada 2003, semalam di Kuala Terengganu. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/15530-abdullah-calls-dr-m-irrelevant-in-kt-campaign

Jelas Pak Lah memberi reaksi kepada kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah pilihan terburuk sebagai calon Umno di Kuala Terengganu. Wan Farid adalah pilihan Pak Lah, itu lah kata Dr Mahathir.

Dalam nada yang sama, Pak Lah mengakui bukan Dr Mahathir sahaja yang tak berminat dengan Wan Farid? Ahli-ahli Umno pun tak gemar akan Wan Farid.

"Yang peliknya yang lebih-lebih mengata adalah orang kita (Umno), bukan daripada orang pembangkang, (sedangkan) kita perlu pertahankan calon kita." - Kata Pak Lah semasa berucap di hadapan kira-kira 300 pemimpin wanita negeri Terengganu dalam satu perjumpaan dengannya di Kuala Terengganu malam tadi. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=382441

Berdasarkan kedua-dua kenyataan Pak Lah, tahulah kita kenapa beliau bakal menjadi Perdana Menteri paling singkat tempohnya dalam sejarah politik negara dan kenapa Dr Mahathir dapat bertahan 22 tahun dan siapa yang relevan dan siapa yang tidak!

5 comments:

  1. TUN DR MAHATHIR PAHLAWAN YANG SEBENAR!!!

    ReplyDelete
  2. KAlau betul bukan Tun M saja yg tak suka, org umno pun tak suka Wan Farid, jd atas sebab apa dia jd calon? Rakyat suka...?

    ReplyDelete
  3. Saudara,

    Tahniah atas kejayaan saudara dalam memperjuangkan IJN tempohari.

    Perjuangan kita kali ini ialah untuk membantah sekeras-kerasnya pembangunan KLIA@EAST di Labu oleh Sime Darby dan Air Asia. Ini adalah satu percubaan untuk "membunuh" KLIA di Sepang yang dibina oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Musa Hitam sebagai pengerusi Sime Darby ingin menggagalkan semua legasi Tun Dr Mahathir. Saya harap saudara boleh melawat blog saya iaitu http://simedarbywatch.blogspot.com. Saya telah memaparkan logo "No to KLIA@EAST". Saya harap saudara akan juga menggunakan logo itu di website saudara. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. PAK LAH MEMANG TAK RELEVAN LAGI, MALAH DIA DAN MENANTU HITAMNYA TAK SEPATUTNYA BERADA DI KT KALAU BN NAK MENANG. SEDOR LA DIRI TU. MAHATHIR TETAP RELEVAN SEPANJANG HAYATNYA UNTUK NEGARA BANGSA DAN AGAMA. HIDUP MAHATHIR!!!

    ReplyDelete