Wednesday, January 14, 2009

AIR ASIA & TONY FERNANDES BERJIWA RAKYAT?

Berhenti berlindung di sebalik "Terminal Rakyat". Itulah desakan blogger "Sime Darby Watch" kepada Tony Fernandes, tuanpunya syarikat penerbangan, Air Asia.

Tony Fernandes petah berkata-kata. Sebelum ini beliau menggelarkan diri beliau "rakyat Malaysia" (I am a Malaysian) untuk meraih simpati.

Kini setelah diserang hebat selepas Kabinet meluluskan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan, yang dikenali sebagai KLIA@East, sekali lagi Tony Fernandes bermain denagn kata-kata dengan menyifatkannya sebagai "terminal rakyat".

Benar kata Sime Darby Watch. Hentikan dari menggambarkan terminal LCCT baru sebagai terminal rakyat kerana ramai rakyat marhaen seperti kami tidak ada kena mengena dengan konspirasi baru ini.

Seperti kata Sime Darby Watch, apa perlunya kita mempercayai Asia Asia dan Tony Fernandes? Kalau benar Tony Fernandes dan Air Asia berjiwa rakyat, KENAPA

1) Air Asia memberhentikan perkhidmatannya ke Ipoh setelah mendapati ianya destinasi tidak menguntungkan setelah Malaysia Airport Berhad menghabiskan RM40 juta untuk mempertingkatkan Lapangan Terbang Ipoh? http://www.dapmalaysia.org/english/2006/dec06/bul/bul3196.htm

2) Air Asia melobi bersungguh-sungguh sehinggakan mencemar imej Syarikat Penerbangan Negara, Malaysia Airlines, untuk mengambil alih laluan dan perkhidmatan penerbangan luarbandar di Sabah dan Sarawak. Bila Air Asia mengalami kerugian, Tony Fernandes melobi kerajaan supaya MAS diarah mengambil semula perkhidmatan luarbandar di Sabah dan Sarawak. http://rockybru.com.my/2007/04/cabinet-relieves-airasia-of-rural.html

3) Sekiranya Air Asia berjiwa rakyat, kenapa Air Asia berhutang hampir RM60 juta kepada Malaysia Airports tidak lama dahulu? http://weechookeonginparliament.blogspot.com/2008/05/questions-time-13-may-2008.html

Sepanjang di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, imej Malaysia Airlines dibiar tercalar. Tony Fernandes turut memalit lumpur pada Malaysia Airlines.

Sebelum mengharapkan rakyat mengganggap Air Asia berjiwa rakyat dan patriotik, Air Asia dan Tony Fernandes perlulah mengotakan kata-katanya.

Antara pandangan lain mengenai KLIA@East .

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD: THE FOURTH AIRPORT

SIME DARBY WATCH: "Rakyat's Terminal"? Can it be more obscene than this?

ROCKY'S BRU: Labu: The Old Man does make sense, doesn't he?

A VOICE: LCCT: Is OTK trying to tell something?

APANAMA: WHO IS THE RAT?

HUSIN LEMPOYANG: Siapa Tikus Yang Diumpan Dengan Labu?

No comments:

Post a Comment